Raya Aidilfitri 2017 perjalanan seawal 10 pagi – Hari Pertama

Apa cerita raya? Kami dari raya pertama sampai ke -3 full house. Sampaikan Ummi tak larat nak update blog.heheheh takpa, kita raya sakan dulu. Kami awal pagi raya, siap-siap pergi solat di masjid Buki Keteri. Lebih kurnag jam 930 pagi settle solat lepas tu, balik rumah. Ketupat  dengan gulai ayam kampung yang kami sembelih siap.

Terus satu keluarga kami siap-siap nak balik kampung mak di kampung Tebuk Perlis. Terus bergerak lepas kami bersalam-salaman  adik beradik dan yang penting sessi photoshoot bersama ahli keluarga. Meriah dah satu round! Hheeheh kalau bergambar dengan budak-budak ni kena banyak-banyak sabar.

Ini keluarga kecil Ummi dan adik beradik.

Dan ini keseluruhan keluarga kami dengan mak. Huhuuu, kami ada mak jer nak diraikan, taka da siapa-siapa lagi kecuali mak. Nak gembirakan mak seorang sahaja. Dan Alhamdulillah raya ni semua dapat berkumpul.

Memang seronok bukan main, anak-anak la yang syok sampaikan kalau duduk di kampung ni dah tak ingat nak balik rumah Semenyih.

Lepas kami siap bergambar, makan dan sebagainya terus gerak dah.. Kami sampai kat Kg Tebuk, juadah hari raya yang pertama adalah LAKSA utara. Huhuu, dah set otk…makan 1 pinggan jer walau sedap macamana sekali pun..ops, bukan diet tau! Tapi kesian kat perut!hahahaha

 

Tak ketinggalan kami photoshoot juga dengan sepupu sepapat dan mak-mak sedara. Mujur la bawa tripod… mudah kerja kami nak bergambar.

Turun dari rumah mak njang, kami ke rumah pak ndak kat sebelah rumah jang jer. Sini lagi ramai, ada mak ngah dengan pakngah dan juga sepupu pepapat.. penuh rumah..dengan cucu cicit..meriah yang amat! Gamat rumah,tambahan kalau anak-anak meragam..ehm, mak-mak la kena sabar.. Ada anak kecik ini kena 200% sabar.

Ini gambar keluarga besar kami, meraih yang amat… dan next destination pergi tumah adik ipar kat Kuala Perlis.  Penuh rumah! Sekali lagi bergambar dengan keluarga besar dan adik Hafiz dengan Nana. Kat rumah Dik Na, barulah cukup korum kami satu keluarga.

Next..kami ke?

…. Tunggu next entry..

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge