Perjalanan balik kampung, 12 jam perjalanan..huhuuu

Hi dears, apa cerita raya? Kami akhirnya beraya di Perlis, selepas ambil kira banyak perkara. Seronok bukan main , bukan saja anak-anak tapi maknya sekali heheh.

Perjalanan balik kampung kami pada hari Khamis. Itupun selepas Ummi balik kerja, permantauan udara menggunakan helikopter ke Timur. Balik pemantauan udara, huha huhaa, sampai jam 3ptg juga.

Yer la, sebabnya lepas turun dari helikopter rehat sekejap sebelum meneruskan sessi shooting. Ops shooting apa yer? Heheheh rahsia seketika.

Tup tap tup tap balik rumah sampai jam 5petang jugalah. Lepas tu, singgah pergi pasar ramadhan beli nasi bungkus jer. Kami beli nasi bukan apa mudah jer untuk makan dan kemas-kemas terus bergerak balik kampong.

Kami bergerak balik kampung lebih kurang jam 930 malam, bertolak dari Semenyih. Masa kami bergerak balik, jem tu jem juga, tapi still boleh gerak. Tapi memandangkan Ummi memang pening lalat, kira nak tidoq je..heheheheh mujuq cik abang boleh drive sendiri. Cuma kami singgah di  Simpang Pulai kami sahur. Sahur dengan maggi jer dengan sikit bekalan makanan dari rumah.

Nak belikan Along roti, tapi malangnya roti habis langsung kat Petron. Huhh…tu yang terpaksa belikan Along maggi ayam cup. Cukup lah untuk Along alas perut..

Lepas tu , lepas jer Bandar Baru, mata dah tak boleh tahan dangat dah. Kami singgah tepi hentian  dan Cik Abang kata ambil masa nak rehat. Masa tu, kami pastikan kunci kereta, semua sambung lena! Hahahah, apa yang lawaknya..kami terlena sampai jam 7 pagii…hahahaha..terus bangun!

Kami teruskan perjalanan dan singgah kat Juru , isi minyak di Shell. Yang lawaknya masa kat Tol Juru, T&G tak lepas! Perjalanan lebih masa.. adeh..berapa jam di benarkan kat highway? Ehm, mujur kami di lorong kiri. Lorong kiri tunai , ada Cashi jaga, jadi mudahlah urusan ..kalau tak mesti sangkut kat tol!

Bila nak bergerak , sebab nak ambil mak kat rumah mak sedara, rumah jang..kami saja pilih nak lalu Jitra. Singgah pasar Jitra, beli dodol 2 kilo. Rm12 sekilo. Sedap juga.. Mr Suami kata, singgah  la rumah Datuk Karim, ayahanda kepada Mummy Reena. Tapi, sampai jer depan rumah , ting tong… ting tong.. “Assalamualaikum…assalamualaikum….”.. sunyi jer.. Ummi call Mummy Reena , rupanya Datuk Karim di KL, beraya dirumah anak-anak.

Last, kami teruskan perjalanan balik ke Perlis. Pergi rumah mak jang sat, ambil mak dan terus balik rumah mak. Huhuuu penat nya perjalanan! Dekat 12jam! Syukur, akhirnya dapat la duduk rehat dan berbuka puasa di kampung.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge