Op Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri, apa pesanan IGP?

Hi uols, mesti tengah menghitung hari nak balik kampung kan? Kita dah berada di fasa terakhir ramadhan. Kini mulai masuk je maghrib malam ni dah mula kiraan 10 malam terakhir.  Jadi selamat beramal ya. Ummi juga nak kongsikan apa antara pesanan IGP semasa majlis pelancaran OP Selamat 11/2017 yang berlangsung tadi di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

sumber : https://www.bharian.com.my/node/292820

IGP menasihatkan agar kita semua pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati. Kita juga mempersiapkan diri agar dalam keadaan sihat, selesa dan begitu juga kenderaan dalam keadaan bersiap sedia. Sebab purata kematian adalah berpunca daripada sikap.

Majlis pelancaran Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri di Menara TM. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohamad Shazalli Ramly dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus. – SUMBER : Berita harian Online

polis wanita
Ummi dengan rakan-rakan hadir dan ianya sebahagian daripada tugas kami di JSPT.

OP SELAMAT 11

Kata YDH IGP – “Secara purata, sebanyak 7,000 kematian dicatatkan setiap tahun dengan 95 peratus punca kemalangan adalah akibat kecuaian pemandu sendiri,”.

Risaukan bila kita dengar, sebab tu kita mesti prepare awal sebelum bertolak balik ke kampung. Antaranya:

  • Pastikan kenderaan di service dan dalam keadaan yang baik
  • Rehat secukupnya
  • Rancang perjalanan diwaktu bukan pick hours
  • Seeloknya ada pemandu ke-dua. Boleh berganti dengan anak mahupun isteri ketika dalam perjalanan jauh.
  • Sediakan minuman kecergasan yang boleh membantu memberikan tenaga.

Buku Aturcara Op Selamat 11/2017

Sempena pelancaran Op Selamat 11/2017 tahun ini, Ummi bertanggungjawab untuk menyelaras buku  dan aturcara majlis. Setiap details yang di masukkan dalam buku aturcara mestilah yang tepat . Dengan bantuan pihak PRO Pusat, KPL Azahar buku autrcara ini dapat disiapkan dengan tempoh yang singkat. Syukur.

Op Selamat 11 mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ dilaksanakan selama 15 hari bermula 18 Jun ini sehingga 2 Julai depan. Ummi pada tahun ini ditugaskan memantau perjalanan dari udara sepri tahun-tahun lepas. Syukur, walaupun pemantauan hanya melalui udara tapi risiko tetap ada. Doakan kami semua dalam keadaan selamat pergi dan balik ya.

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Bagi sahabat yang membaca entry Ummi, boleh memaksimakan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menghantar Borang Maklumat Balik Kampung. Borang tersebut boleh diisi  melalui VSP yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan Apple Store. Cubalah, jika dulu tak tahu, kini dah tahu kan.. boleh memanfaatkan sepenuhnya.

Okaylah,  selamat merancang perjalanan ya. Hati-hati balik kampung dan mulakan dengan doa juga. Elok jika dapat amalkan bacaan ayat suci dalam kenderaan sepanjang perjalanan.

Selamat balik raya! Huh semangatnya…hati-hati ya.

berkaitan :

https://umminani.com/2016/06/op-selamat-92016-sempena-hari-raya-aidilfitri/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge