Majlis serah terima tugas dan paluan berundur Pengarah JSPT

Hari Jumaat lalu , kami pegawai dan kakitangan JSPT sangat merasa hiba dan sedih atas persaraan YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus, Pengarah pertama JSPT. Segala persediaan majlis di lakukan sebaiknya, dan akhirnya pada 16 Jun 2017, Jumaat yang idah, kami semua terpaksa mengucapkan selamat kepada YDH Dato. Sebelum acara paluan berundur, kami menerima Pengarah baru dan bagi sesi majlis serah terima tugas juga, segalanya selesai dengan lancar dan mudah. Syukur.

Sebagai simbolik kepada persaraan beliau, bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, telah diadakan Upacara Perarakan Keluar Pengarah JSPT yang mana telah disempurnakan oleh warga JSPT Bukit Aman sendiri.

Ini sebagai penghormatan terakhir kepada YDH Dato. Ummi sendiri yang minta kerjasama KPL Azahar, anggota PRO untuk bantu Ummi sediakan. Cantik dan kemas. Seronok bila dapat pamerkan sesuatu yang kemas untuk YDH Dato.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Mahamad Akhir Darus telah menjalani persaraan wajib setelah 41 tahun berkhidmat dalam pasukan.  Ianya satu jangka masa yang sangat lama, dan beruntung nya YDH Dato kerana dapat pencen dan bersara dengan selamat. Syukur.

Mengimbau kembali sejarah beliau dalam pasukan, Dato’ Mahamad Akhir telah memulakan kariernya pada 5 Disember 1976 sebagai Inspektor Percubaan dan bertugas di beberapa formasi PDRM seperti Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Perak, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Perak, Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Unit Tugas Am & Trafik Maktab PDRM Cheras dan kemuncak kariernya mula bersinar setelah dilantik sebagai Ketua Trafik Pasukan pada September 2015.

Di bawah kepimpinannya juga, sejarah telah tercipta apabila Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-209 lalu, Cawangan Trafik secara rasminya telah dinaik taraf kepada Jabatan ke-10 dalam PDRM dan dijenamakan semula sebagai JSPT sekaligus menjadikan beliau sebagai Pengarah JSPT pertama dalam PDRM.

Ketua Polis Negara menyematkan pangkat SAC kepada bekas Ketua Polis Daerah Brickfields, SAC Sharul Othman Mansor.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSPT di antara Dato’ Mahamad Akhir Darus dengan bekas Ketua Polis Daerah Brickfield, Kuala Lumpur iaitu SAC Sharul Othman Mansor yang dilantik untuk menerajui jabatan bongsu PDRM iaitu JSPT.

Gambar kenangan barisan Pegawai Kanan Jabatan JSPT bersama Dato’ Mohamad Akhir bin Darus.
Majlis serah terima tugas telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri oleh timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM serta Pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Shahriza Saad.   Ini pula majlis serah terima tugas Pengerusi Perkep JSPT, Datin Sharifah Zanariah Syed Mahamood dan Puan Sherlina.

Diharap dengan persaraan ini , semoga masa terluang ini, digunakan dengan penuh keberkatan dlm mendapat redha Allah swt. Cemburunya kami ,YDH Dato dah selamat menjalani persaraan, doakan kami juga bagi melalui lagi 29 tahun service dlm PDRM.

Ydh Dato, bersyukurnya dapat peluang masa yang banyak untuk beribadah kpd-Nya. 😄, sangat kami cemburui.  Jaga kesihatan baik2, YDH Dato, semoga ukhwah berkekalan sehingga akhir hayat.

Salam kasih dan sayang,
Insp Nooraini & Insp Muazam serta keluarga.

Artikel Berkaitan:

ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

Mess Night JSPT pembuka sejarah baru bagi Polis Trafik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge