Kuah kacang simple dan sedap boleh dimakan bersama nasi impit atau sate

Hi uols, ramai suka makan kuah kacang kan? Okaylah,  kali ini Ummi nak share cara masak kuah kacang. Ummi buat tak banyak, sebab kalau simpan lama kurang sedap. Cukup sekadar untuk di makan bersama keluarga kecil kami. Along dangan Mr Suami antara yang minat sangat dengan kuah kacang. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara masak kuah kacang ala Ummi.
kuah kacang
sumber :google

Bahan bahan untuk kuah kacang :

500-600 gm kacang tanah – di goreng kering/ disangai
5 biji bawang besar dimayang nipis
½ cawan cili kering – dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula

1 cawan minyak mazola/minyak jagung

Garam secukup rasa , ikut keperluan yang rasa sedap di mulut
air dalam 2@3 cawan.
Caranya :
Ummi akan sangai, atau goreng kacang tanah dengan minyak yang sedikit. Biar sampai ranggup. Atau teknik lain, boleh juga letakkan dalam mangkuk dan masukkan dalam microwave. Kalau dalam microwave kena tengok kerap, setkan 2minit  , buka tengok dan kacau sikit kacang sampai la puas hati. Masa kena tambah la, 2mionit-2 minit. Ikut mana-mana cara asalkan kacang jadi ranggup.
credit photo to : http://www.aynorablogs.com
Bila dah goreng kacang, sejukkan sampaila kulit mudah dikeluarkan. Lepas tu  siap sedia untuk blenkan kacang. Kalau guna philips ada mesin kering dan basah. Ummi suka guna mesin kering. Malah kalau nak guna blender yang basah, air jangan terlalu banyak. Agak-agak boleh bergerak mesin tu yang terbaik.
Lepas tu, next step tumiskan bawang dalam 1cawan minyak. Pastikan minyak dah panas tau..baru best..biar sampai harum bau.. Lepas tu masikkan cili yang dikisar..kacau sampai masak, masukkan kacang yang dah diblendkan. Tambah air, sesuai dengan kepekatan. Jangan cair sangat tau, nanti lambat pula nak tunggu kering.
Lepas tu masukkan garam, gula melaka dan gula pasir. Biar mendidih dan bila dah pecah minyak tu slowkan api. Biar sekejap. Dah siap…mudah jer kan?
Menu best makan dengan kuah kacang antaranya nasi impit dan sate. Ehm..terliur dah ni.
Jika nak sediakan untuk hari raya, boleh gandakan resepi kepada kuantiti yang diperlukan. Harap lepas ni jadilah kuah kacang sedap ni yer…okaylah, Ummi nak share dulu resepi ini, siapa nak rasa kena mai beraya ke rumah.. kalau bukan waktu raya kena booking seminggu awal untuk prepare beli barang. Selamat mencuba
Resepi lain :

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge