Kisah duit raya, siapa beri siapa terima? Mak lang, nak duit raya!

Mood swing dah nii…duk kira jam dah ila lah nak balik ni..hehehe yer kan? Mood nak balik kampung dah menebal,nak beraya sakan tahun ni. Dan biasanya  bila raya ni, amalan memberi duit raya ini dah jadi kebiasaan. Walhal kalau nak bersedekah, tidaklah perlu menunggu raya sahaja. Setuju?

Bab duit raya, siapa patut beri siapa patut terima? Dan mak ayah kenalah ingat, supaya tak beri ajaran salah kepada anak-anak dengan mengajar anak meminta-minta duit raya.

“Assalamualaikum, tok su..kami nak beraya!”..dengar suara anak-anak kampung dah berlari ke rumah mak di kampung selepas jer selesai solat sunat. Sekali datang , 5 atau 6 orang. Tak sempat nak buka telekung nak siap-siap, rumah dah ada tetamu…bukan tak sudi tapi awai sangat.. tapi dah jadi kebiasaan dah kalau kat kampung.

“Mai masuk, tok su tengah siap-siap tu. Duduk dulu, maklang nak buat ayaiq”.. (mak lang bahasa di kampung kalau cakap dengan anak-anak jiran). “Tak pa maklang, kami nak beraya saja”. “La , kalu nak beraya kena masuk, makan apa apa!” . Masuk lah depa, makan tak mau, duk sengih-sengih, memikirkan nak cepat, nak buat kerja lain, minta suami bagi duit raya. “B, cer ambil duit raya bagi…”. Bila dah  nampak sampul, terus bangun…hahahah adat, dapat jer duit raya, terus salam.. “Maklang, paklang kami nak balik dah… !” .. Ehm…duit raya..alkisahnya! Tu belum kira , 2nd round , third round pusing mai dengan baju warna lain…huhuuu pening!

Tu takpa la budak kampung tak kisah pasal warna duit raya, cer kalau yang bijak sikit. Dapat jer sampul terus buka.. “La, seringgit ja!” .. “Ehm, tak dapat la warna hijau. kau dapat warna apa?” – Saja jer kadang dengar anak-anak ni berbual. Adat ini  kalau kita tegah jadi masalah tak? Ummi rasa macam tak salah..tapi orang kita ni biasalah, suka lebihkan adat daripada perkara yang benar.

Ummi pula, kalau bab duit raya Ummi dah pesan kat anak-anak , jangan minta. Malah kena belajar memberi. KENA UBAH MIND SET BAB DUIT RAYA!  Sepatutnya, kalau bab ni, yang muda kena beri pada yang tua. Dan kena elakkan meminta-minta. Duit raya ni sedekah . Sedekah tiada jumlah tertentu, mana tuan rumah ikhlas nak beri , kena terima.

Ibu bapa pula, janganlah pula mengajar anak “Abang, tangan kanan salam, tangan kiri lapik di bawah!” Ehm, ni lagi teruk, dan ini antara yang Ummi sendiri buat masa Ummi kanak-kanak. Pak long yang ajarkan! Hahhahaa , bila dah belajar dan mai zaman la ni, Ummi dah banteras. Terutama kat anak-anak. JANGAN sekali meminta-minta. Raya ni nak jumpa sedara, nak main dengan sedara. Bukan nak kutip duit raya.

Ni adab berhari raya : Tips dan adab berhari raya

Jangan la gaduh nak! Along ni boleh tahan tegas ! Semua nak di tegur! Huhuhuuu.. terus okay-okay Angah dengar arahan daripada Along..hehehehe kakak jer muka blur.. blur sebab  yer ke Ummi???

Aah kan , angah, kita jangan minta tau! Kita kena belajar memberi … banyak beri banyak la dapat.. bagus aih anak-anak Ummi.  Pesan Ummi kat anak-anak ” Korang salam  jer tau, jangan pula salam tangan tangan , tangan kiri korang tadah tangan minta duit raya…”.. hahaha seloroh Ummi dengan anak-anak. Gelak berdekah depa, dok  pikir apa la Ummi ni… boleh eh minta duit dari tangan kiri?? hehhehe

Nasihat untuk ibu bapa bab duit raya:

Pertama: Ajar nak supaya tidak meminta duit raya. Mana tahu, orang atau tuan rumah tu sedang menahan lapar atau pun duit belanja hanya cukup-cukup sahaja. Jangan sampai anak-anak kita jadi beban kepada tuan rumah.

Kedua : Pendapatan dan bajet kewangan setiap orang berbeza. Ada orang nampak berada, kereta mewah , rumah besar, tapi mungkin dia tak sediakan duit raya yang jumlahnya banyak. Mungkin tuan rumah dan sedekahkan kepada yang lebih memerlukan seperti anak yatim atau ibu tunggal semasa bulan ramadhan lagi. Sedekah kepada yang lebih memerlukan. Jadi kenalah bersangka baik. Betulkan? Jadi, anajr anak menerima seadanya jika mendapat duit raya. Dapat itu rezeki , tak dapat pun tak apa. Sebab ada orang lebih memerlukan.

Ketiga: Bersangka baik kepada semua orang. Gaji banyak atau gaji mahal jer, kita suruh anak minta duit raya banyak. Tapi , kita tahu tak kedudukkan kewangan keluarga mereka. Biasanya peribahasa kata “besar periuk, besarlah keraknya”. Jadi , jangan menilai kewangan orang lain dengan mata kasar. Bab duit raya ni, jangan jadikan ia sebagai sebab utama nak bawa anak  beraya ke rumah sedara. Salah tu, kalau nak beraya dengan niat nak kutip duit raya.

Kesimpulam : Tambahan disaat ekonomi sekarang, tak semua mampu beri lebih duit raya. Jadi, kenalah sama-sama jaga air muka tuan rumah, sedara mara kita. Belajar menerima dan bersyukur seadanya. Sebelum balik beraya, dah setkan di minda anak perkara positif. Mungkin nasihat berguna bab duit raya ini. Dan jika kita nak bahagia di masa akan datang, ajar anak untuk memberi. Terutama kepada mak kita, atau kepada nenek dan datuk mereka.

Ummi yakin dan percaya, suasana raya akan jadi lebih meriah, lebih menarik dan aman dengan sikap yang saling hormat menghormati. Jaga tutur kata dan juga emosi orang lain. Bila berkumpul ramai-ramai ini, kena jaga aurat dan juga lidah ketika berbicara. Selamat hari raya, semoga apa yang Ummi tulis ini menjadi ingatan untuk Ummi dan juga anak-anak pada masa akan datang. Selamat berhari raya. Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya yer .

Artikel berkaitan :

Cuti Raya 2017, Korang dah plan ke perjalanan balik kampung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge