Doa Lailatul Qadar, Jom kita berdoa dan beramal

doa malam lailatul qadar

Hi kesayangan, ehm..siapa baca blog Ummi pagi ini Ummi doakan semua dalam lindungan Allah swt. Hari ini dah 16 Jun, pejam celik dah nak raya. tapi raya ker yang kita kejar atau 10 malam terakhir yang menjadi dambaan kita? Eh, nak tau , ada amalkan doa untuk bertemu lailatur qadar tak? Ini Ummi share doa lailatul qadar. Sama-sama kita amalkan.

DOA LAILATUL QADAR

doa malam lailatul qadar

Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan. – sumber : Cahayapurnama.com

doa lailatul qadar

Bila tibanya  malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

4 TIPS BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR :

DOA DAN NIAT –

Hendaklah kita berniat agar tibanya malam lailatul qadar ini dan kita direzekikan dengan bertemu malam lailayul qadar. Print atau save doa dalam telefon agar dapat kita baca dan hayati doa ini. Bagi orang yang memohon berjumpa malam lailatul qadar, hati jadi tenang, ibadah akan jadi senang. Doa lailatul qadar yang boleh dibaca seperti di atas.

BERSUCI –

Sebelum tidur , kekalkan dengan dalam keadaan bersih dan berwuduk. Berdoa agar malamnya kita dapat bangun untuk beribadah kepadaNYA dalam keadaan sihat dan segar.

KURANGKAN LARA’ –

Boleh atau tidak jika kita kurangkan perkara La’ra? Antaranya mungkin boleh disiplinkan keluarga dengan menutup televisyen mahupun gajet. Ini perlukan sokongan ibu bapa jika mahukan anak-anak juga taat dan mengikut perintah. Disiplin bukan sahaja di sekolah, tapi haruslah bermula dari rumah. Ibu ayah memainkan peranan penting. Semoga kita istiqamah dan tetapkan hati dengan niat untuk memanfaatkan masa sebaiknya. Jika resah, bosan dan tidak tenang, kembali kepada al-quran bukan tv yang membawa kita hanyut dan lalai.

MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH

Jika ibadah solat dan membaca al-quran dah cukup buatkan kita rasa penat, berehatlah seketika. Boleh ajak anak-anak bersama mengalunkan zikir dan berselawat. Kaedahnya mudah, untuk lebih menarik dan lebih menyeronokkan boleh menggunakan aplikasi atau boleh menggunakan audio bagi membantu kita semua lebih bersemangat.

Jadi sama-sama kita ubah, 10 malam terakhir bukan lagi malam yang kita sibuk dengan persiapan raya, bukan lagi sibuk dengan membuat kuih dan biskut raya.Malah malam 10 terakhir bukan lagi masa untuk tukang jahit menjahit pakaian bagi meraikan raya. Semuanya lebih menyenangkan jika 10 malam terakhir kita lebih dekat dengannya. Kita tidak tahu, mungkin 10 malam terakhir ini juga malam pengakhiran kita. Jadi, inilah peluang kita mohon doa, mohon keberkatan dan mohon keampunan dari Allah swt.

Selamat beramal

SENJATA KITA DOA

5 DOA AMALAN SEPANJANG 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

RAGAM ANAK LELAKI DAN DOA UNTUK ANAK

DOA KETIKA SEDEKAH

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge