Saya dan keluarga

Cara minum air di bulan puasa bagi kekal bertenaga

Hi uols, fuh waktu macam ini tengah panas terik ini rasa nak jer singgah seven 7 kan? Hahahaha jangan! Ingat ker masih berpuasa kita hari ini, belum raya tau! Kali ini Ummi nak share, cara minum air di bulan puasa bagi mencukupkan kita dengan 8 gelas sehari. Lagi banyak minum, lagi baik jika dapat minum sehingga 2-3 liter air pada bulan puasa.

Cara minum air di bulan puasa :

  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas bangun sahur
  • 1 gelas makan sahur

Air adalah komposisi terbesar dalam badan . 70% tubuh kita adlah air, makanya, kenalah banyakminum air. Praktisnya kat rumah, Ummi sediakan anak-anak dengan satu botol comel seorang. Nak tidur malam, semua orang wajib bawa botol air masing-masing naik ketas dan letakkan dalam peti sejuk.

Bila nak tidur tu bukan naik atas jer terus tidur, ada la nak melayan depa tonton Boboboi la, atau set noody. Set NODDY untuk Mustaqim ini Ummi beli dah lama, bukan Mustqim jer dapat guna, sampai ke adik-adik boleh pakai.

Back to topic, itu caranya nak galakkan anak suka minum air masak. Bila air masak cukup dalam tubuh, anak akan bertambah sihat dan pastinya kita yang dewasa juga mesti amalkan air yang secukupnya. Ummi juga praktiskan cara minum air di bulan puasa, untuk puasa sunat.

Tambahan untuk bulan puasa, selain ikut cara minum air di bulan puasa yang di suggestkan, boleh juga letakkan dalam botol dan pastikan air yang diletakkan dalam botol tu habis sehingga imsak keesokkan harinya. Selain 8 gelas sehari, untuk yang nak kurus,  kena minum banyak lagi air.

Kajian Sains juga mendapati :

1 gelas air diminum sebaik bangun tidur membantu mengaktifkan organ dalaman.

1 gelas air selepas mandi membantu mengurangkan tekanan darah rendah

1 gelas air diminum sebelum makan dapat membantu sistem penghadaman

1 gelas air diambil sebelum tidur pula mampu utnuk mengelakkan strok dan serangan jantung waktu malam.

Apakah lagi petanda badan dan tubuh kita dah cukup air? Salah satunya adalah urine kita akan lebih jernih dan tidak berbau. Kalau urine berwarna teh kuning atau warna seakan nescafe, bermakna air masih tak cukup badan badan. Jadi, nak sihat dan otak berfungsi lebih baik, maka kena banyakkan minum air. Biar dalam keadaan terpaksa, tapi tubuh kita dapat air secukupnya dan membantu kita untuk kekal sihat, cergas dan cerdas. Kulit pun akan bertambah cantik tau! TAK CAYA ? kenalah cuba – rujuk cara minum air di bulan puasa JIKA lepas ramadhan masih berpuasa sunat dan lain-lain. Okay bye.

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *