Saya dan keluarga

Bila agaknya dapat kembali sebegini? Oh tuhan 10kg to go!

Hari ini duduk ofice sementara nak solat zuhur, sempat melayan gambar lama. Eh, ini hobby tau! Hooby bergambar dan tengok balik gambar yang diambil tu. Adui rasa nak menangis air mata darah pun ada! Ehm, nak kembali zaman ni bilalah agaknya.

Masa ni baru lepas recruit dalam 3 bulan macam tu..hahaha 3 bulan boleh la maintain.. tengok la nih..hahahaha 10 kilo owh naik. Adess, kadang nak sedapkan hati, its okay ..baru 10 kg naik dalam masa 10 tahun..hahaha ambik! Nak sekilo setahun, kalau nanti agaknya umur 50 an dah jadi berapa kilos? Huhuhuu, minta simpang malaikat 44!

 

Masa ini sedap jer pakai apapun. Pilih jer baju apa-apa semua sedap di pakai. Rindu wei nak kembali macam ni. Hahahah adakah minpi disiang hari? Hehe boleh ni, cuma ambil masa jer. Lagi satu hal, kalau sekarang masak jer mesti nak makan. Mau tak mau mesti la nak masak kan untuk family. Hish! Kena lebih banyak tahan nafsu makan ini.

Realitinya masa kecik sampai lah sebelum asuk polis Ummi memang jenis besar. Dulu berat kalau bukan 90-100 kilograms, bukan namanya kakcik @ Nooraini Ali. Itu nama pena masa kat MRSM Pendang dan masa di UiTM Arau. Cuma, lepas masuk polis jer berat duk main dalam 69-82kilograms. Huhuh, bukan mudah nak maintain tau.

Bila sekarang dah 30an ini, dah habis musim beranak pinak, baru niat nak cari berat ideal semula. Harap ianya bukan lagi harapan palsu. Tambahan lagi, la ni dalam pasukan kalau nak naik pangkat mesti berat ideal. BMI cantik. Cabaran juga tu.

Bila tengok penimbang, mak aiii macamana nak hilangkan 10 kgs ni..adeh. atleast turun semula ke 69-70 dah okay tau. Sebab Ummi tinggi . Ehm, kena kuatkan azam ini banyakkan exercise lepas posa ini.

Ummi sekarang tengah cuba konsisten nak minum air banyak setiap hari. Bulan posa ini dah berjaya minum at least 3 liter air,  harap nant dapat maintain kekalkan atau tambah lagi kuantiti air. Serius tanpa pil pun berat boleh turun, asalkan minum air cukup.

Doakan Ummi berjaya okay. Penat dah bawa lemaks!ahahahaha . Nak taubat la makan nasi berpinggan-pinggan! Kawan-kawan yang baca entry ini tolong doakan i jer. Doa kawan-kawan bulan puasa ni mustajab.

“Ya Allah, aku doakan kawan aku ini dapat berat ideal, supaya dia lebih kuat dan upaya beribadah dengan baik. Aku doakan semua kawan-kawan aku dapat kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur hendaknya. Ya ALLAH , Ya Rahman, Ya Rahim, kaulah yang memberikan nikmat kepada kami, qabulkanlah doa-doa kami. Amin”

2 Comments

  • azni

    dah naik umor 30 an ke atas .. mcm k. azni ni.. hehhe nak tak nak mmg kena work out dan serentak kontrol makan. kalau tak mmg berat tak boleh mentain.. buat sehari 15 mins pun cukup.. especially bulan puasa ni tapi work out cardio lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *