Ayam goreng lengkuas pelengkap nasi ayam

Hi, ehm..kali ini nak share apa yer…betul ke orang kata isteri pandai masak suami sayang? Ehm, boleh ke nak nafikan..hahaha yer la, sebab utama Ummi memang jarang masak masakan yang complicated. Ummi hanya masak makanan yang simple dan cepat. Macam menu Ummi nak share kali ini adalah ayam goreng lengkuas.

Resepi Ayam Goreng Lengkuas

ayam goreng lengkuas

Bahan-bahan ayam goreng lengkuas :

Ummi menggunakan sebelah ayam. Lebih kurang 6 ketul aya setelah di potong kecil.

Sedikit asam jawa, garam , gula dan perasa secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Bahan-bahan kisar :

1 Biji bawang besar

3 Ulas bawang merah

1 cm halia

1 batang serai

2 cm lengkuas

1 sudu kecil kunyit

1/2 sudu besar jintan manis

1/2 sudu besar jintan putih

1/2 susu besar ketumbar

Cara Masakan Ayam Goreng Lengkuas : 

Ummi akan bersihkan dan toskan ayam yang dah siap dipotong. Biasanya Ummi akan rebus ayam dalam 10-15 minit untuk bagi ayam masak di dalam, terutama bahagian ayam yang berisi tebal.

Selepas itu , Ummi akan gaul dengan bahan kisar dan garam , gula serta perasa. Perap dalam masa 5 minit . Bila dah siap perap, Ummi akan goreng ayam bersama dengan daun kari.

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Dah siap, boleh dihidangkan untuk teman maupun keluarga tersayang. Anak-anak Ummi suka sangat ayam goreng lengkuas.

Tips untuk cepat :

Sediakan bahan kisar dalam 2 bekas berasingan. Dan, masukkan dalam bekas kecil. Ummi akan asingkan dalam peti sejuk. Bila nak goreng ayam , Ummi hanya keluarkan dan masukkan ayam. Ummi daat jimatkan masa untuk kopek bawang, potong halia, lengkuas dan lain-lain. Mudah dan boleh jimat banyak masa.

Resepi pilihan untuk dimakan bersama ayam goreng lengkuas adalah nasi panas-panas, sambal ayam penyet dan ulam-ulaman. huh! Dah cukup menyelerakan, tapi ayam mau kena panas, baru best!

Huh, dah boleh bayangkan macam mana enaknya rasa..hehehe jangan tak cuba tau! Bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan tak cepat rosak. Rotate menu ini pun dah cukup, anak-anak dengan suami pasti suka. hehehe jangan tak tahu, Ummi memang jenis rotate menu, asalkan ada makanan untuk dimakan. Jangan jadi malas macam Ummi tau!

Buffet Ramadhan best :

Shangri La Hotel Putrajaya Buffet Ramadhan 2017 Lebih Menyelerakan

Buffet Ramadhan 2017 bertemakan International IFTAR di PICC

Buffet Ramadhan 2017 di KL Tower

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge