Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kali Pertama dalam 9 tahun, syukur rezeki.

Assalamualaikum  sahabat semua. Ummi nak kongsikan kegembiraan Ummi yng telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016. Ummi tidak menyangka tahun ini rezeki Ummi terpilih antara ramai-ramai pegawai dan penerima APC tahun 2016.

Selama berkhidmata dalam PDRM sejak 2008 , ini adalah kali pertama Ummi menerima anugerah ini. Mula-mula dapat berita , rasa bersyukur yang amat sangat. Ini berkat doa Mak , Suami, adik beradik dan mungkin juga kawan-kawan terdekat. Syukur.

Pada 8 Jun 2017 telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 bagi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Mahamad Akhir bin Darus. Seramai 10 pegawai kanan, 33 pegawai pangkat rendah dan 4 pegawai awam telah menerima APC tersebut. Seluruh warga JSPT mengucapkan tahniah kepada mereka. – Sumber Facebook JSPT

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Mnerima sijil APC 2016 daripada YDH Dato Pengarah JSPT, YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus

Kisah pagi Khamis lalu, Ummi terasa ada sesuatu pada pagi tersebut. Bila Ummi semak diary, ehmm tak ada pula apa-apa meting melainkan mesyuarat mingguan. 830 pagi, DSP Dr Bakri panggil, “Puan minta hadir satu meting di tingkat 8, Menara 1. Meting untuk persediaan Moreh bersama PM.” Tanpa berlenggah, Ummi jawab “Okay Tuan, saya pergi”. Bergegas ambil folder dan menuju ke tingkat 8, Menara 1.

Masuk meting di tingkat 8, teruja jumpa sahabat ASP Fazreena dari Muzium PDRM dan Insp Sazniza Skuad Mate dari Istiadat PDRM. Baru duk peluk cium tulis kehadiran meting, kami berbual. Taklama lepas tu,  baca wassap daripada ASP Shafie . Nampak ada Memo/ Semboyan. Terus download, sebab dah tahu mungkin penting.

“Raptai APC 2016 di tingkat 21, jam 9pagi”. Alamak! Aku penerima! Aduss lupa! Tanpa berfikir panjang, alang-alang meting belum lagi bermula, terus bagitahu sahabat tadi, “saya kena balik office!”. Berlari keluar dari bilik meting, huh. Mesti orang fikir awat la pegawai nih… hahahha

Terus tekan lift , tingkat 20! Bergegas hantar folder kepada kerani kat cawangan urusetia dan minta pegawai sepatutnya hadir pada awalnya hadir meting tersebut. “Nah cik Nad, ini folder tadi, minta mana-mana pegawai hadir atau minta pegawai asal hadir.” Bila last minit fail main suruh jer orang pergi , ginilah jadinya. Ehm, bila naik tingkat 21, dah ramai orang dalam bilik mesyuarat untuk majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 tersebut. Masuk macam biasa., walaupun lambat. Yang ramai dalam tu anggota trafik yang menerima APC juga. Depa tengah rehearsal dan tepat jam 10 pagi , YDH Dato Mahamad Akhirpun masuk. Majlis bermula.

Ini siji APC 2016. Alhamdulillah dapat tahu ni, boleh dijadikan sebagai bahan atau salah satu dalam resume untuk interview akan datang. Sangat berharga kerana APC ini adalah daripada YDH KPN sendiri. Gitulah kita, bila dapat apa-apa hadiah atau anugerah seronok kan. Jadi, nak bahagiakan diri sendiri cuba bahagiakan orang lain…sebab Allah dah janji, apa kita ada kita beri insyaAllah kita akan dapat lebih daripada tu. Sama juga dengan sedekah.

Last sebelum majlis bersurai, sempat Ummi bergambar dengan YDH Pengarah , Dato Mahamad Akhir Bin Darus yang akn bersara pada 18hb Jun 2017 ini. Terima kasih YDH Dato yang menyokong untuk APC ini kepada kami semua. Dan bagi pembaca blog Ummi nak nak tahu cabaran atau best ke tak jadi polis jangan lupa subscribe blog Ummi ya. Bagi yang berminat nak join PDRM mungkin entry berkaitan ini membantu. Okaylah, Ummi nak teruskan kerja, jumpa lagi.

Artikel berkaitan :

Kerjaya selepas SPM , nak jadi apa?

Kelayakan Menjadi Polis, Gaji Dan Tugas Inspektor Polis

Mestilah kita pegang 4 prinsip ini bagi wanita berkerja

SRIKANDI MINGGUAN WANITA

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge