Isu,  Kerjaya

Mess Night JSPT pembuka sejarah baru bagi Polis Trafik

Alhamdulilah selesai sudah malam Mess Night JSPT, YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang pertama dalam sejarah PDRM yang berlangsung di Pullman Hotel Bangsar, pada 19 Mei 2017.  Bertemakan “You Are The Last And The First, An Absolute Leader” amat bertepatan dengan YDH Dato yang memegang tampuk kepimpinan terakhir sebagai Ketua Trafik Pasukan dan yang pertama sebagai Pengarah JSPT.

Profile YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus :

Berasal daripada keluarga yang sederhana, Yang Dihormati Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus telah dilahirkan di Kubang Pasu, Kedah pada 18 Jun 1957. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam dan seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Karier beliau di dalam pasukan bermula pada 5 Disember 1976 sebagai Pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur selama enam bulan hingga 4 Julai 1977. Setelah tamat latihan, beliau telah bertugas di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta sebagai Pegawai Pasukan Polis Hutan dan seterusnya sebagai Ajutan di Batalion 19, Pasukan Polis Hutan, Pengkalan Hulu sehingga 18 Julai 1989.

Pada 18 Oktober 1992, berdasarkan prestasi kerja yang memberangsangkan, beliau dinaikkan pangkat kepada Penolong Penguasa Polis (ASP) dengan memegang jawatan Kuartermaster di Briged Utara.

Menyedari kepentingan ilmu dalam meningkatkan prestasi kerja, beliau telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang undang-undang selama empat tahun dari 1994 hingga 1998. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, beliau telah ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Perak sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah selama 27 bulan.

Kewibawaan beliau terserlah apabila diberikan amanat untuk menjadi Pegawai Turus Trafik dan Pegawai Turus Penguatkuasa / Operasi Trafik di Kontinjen Kuala Lumpur dengan pangkat Timbalan Penguasa Polis (DSP) pada 2 Oktober 2000. Kerjaya beliau terus meningkat apabila diberi peluang untuk bertugas di Unit Tugas Am dan Trafik, Maktab PDRM Cheras dengan pangkat Penguasa Polis (SUPT) sebelum dipinjamkan ke Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor sebagai Pengurus (Keselamatan Dan Pentadbiran Bomba) pada 16 Januari 2012 sehingga dinaikkan ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau di dalam Cawangan Trafik, pucuk pimpinan PDRM telah memberi kepercayaan kepada beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Trafik Pasukan dan seterusnya mengetuai Cawangan Trafik sebagai Ketua Trafik Pasukan pada 18 September 2015 dengan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).

Sejarah tercipta pada sambutan Hari Polis ke-209 apabila Cawangan Trafik secara rasminya dinaik taraf kepada sebuah jabatan baharu yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan sekaligus menyaksikan beliau dilantik sebagai Pengarah JSPT yang pertama.

Kecemerlangan dan kualiti kepimpinan beliau sekali lagi diiktiraf pasukan apabila dinaikkan ke pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada 17 April 2017.

Setelah 41 tahun mengerah keringat dan mencurah bakti, Yang Dihormati Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus akan menamatkan sebuah perjalanan yang panjang dalam perkhidmatan polis dengan persaraan wajib pada usianya genap 60 tahun

Gallery Mess Night JSPT , Dining Out Pengarah, PDRM 2017

Ummi bersama Supt Mohd Noor , Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang dan Isteri Puan Aya.

Bergambar Kenangan di Malam MESS NIGHT JSPT bersama YDH Dato dan Puan Mastura isteri kepada ASP Semari, PA YDH Dato Puan Erni dan dari kiri SUPT Razak , KJSPT Terengganu. Tuan Razak adalah antara pegawai yang sama-sama bekerja dengan Ummi pada tahun 2012 di KDN Putrajaya untuk menyelesaikan tunggakkan bayaran kepada pesara polis.

Ummi bersama Yg. Berbahagia Datin Sharifah Zanariah isteri kepada YDH Dato Mahamad Akhir Bin Darus. dan isteri kepada pegawai kanan JSPT.

Ummi dengan pasangan Khas pada malam Mess Night Dining Out tahun ini, iaitu kawan baik Ummi Shiqeen Sattar merangkap Insp di Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman. SS juga adalah sahabat Ummi yang sama-sama menulis dan kami berada dalam komuniti sama iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.

Ini adalah boss Ummi, SUPT Gan Chip Ho iaitu Ketua Penolong Pengarah Urusetia dan Kawalan Lalulintas KJSPT. Ummi amat mengagumi Tuan Gan kerana beliau antara orang Cina yang boleh bertutur lancar dalam bahasa Melayu. Beliau juga amat petah menyany dalam bahasa Melayu.

Ini Puan Rohaya iaitu isteri kepada Timb. Pengarah ACP Ruslan Bin Khalid. Ummi dah kenal Puan Aya sejak 2012 ketika itu Tuan Ruslan masih lagi memegang jawatan sebagai DSP Cops.

Dari kiri, Puan Habsah isteri kepada ACP Ibrahim Bin Yusoff , isteri kepada Insp Syahriani, Puan Noraini isteri kepada Supt Mustafa, Puan Aya isteri kepada ACP Ruslan, Puan Fatin isteri kepada DSP Dr Bakri, Ummi, Insp Afida, Puan Medina isteri kepada DSP Huzaili, Puan Mastura Isteri kepada ASP Semari, Puan Naimi isteri kepada ASP Mazrie, isteri kepada pegawai kanan dari Kubang Pasu dan isteri kepada ASP Firdaus.

Dari kiri – Pegawai Tak dikenali, SUPT Razak, Insp Hashimah dan Tuan Ridha, YDH Dato, Ummi, Insp Afida dan ASP Haryani.

Dari Kiri :  Puan Erni, SM Romiza, Ummi, dan ASP Mariam.

Thank you SS jadi teman dan pasangan di malam MESS NIGHT JSPT kali ini.

Dari Kiri : SM Romiza, Ummi, Puan Habsah, Puan isteri Insp Lutfi  dan Isteri kepada Tuan Mahiri.

MESS NIGHT JSPT

Dari Kiri : Isteri kepada ASP Muhaidi, ASP Muhaidi, DSP Mahiri, ASP Shahar dan isteri, Ummi dan isteri kepada DSP Mahiri.

Dari kiri : Insp Catherine, Insp Nooraini, ASP Pilly, Ummi dan ASP Haryani . Kami semua adalah pegawai yang pernah dan masih berkhidmat di Trafik KL satu ketika dulu tahun 2009-2011. Yang masih kekal di KL adalah Insp Catherine, Insp Nooraini, ASP Pilly. Insp Cat antara yang paling lama dan senior di Trafik KL sehingga hari ini.

Last ini adalah antara semua penyokong dan pembantu Ummi di pejabat. Mereka banyak membantu Ummi dan lain-lain pegawai untuk melancarkan urusan harian di Pejabat Urusetia Dan Kawalan Lalu Lintas Trafik Bukit Aman.

Terima kasih semua. Ini adalah Malam Mess Night paling best dan dalam sejarah kerana ini adalah penganjuran pertama bagi kami di JSPT kepada pengarah diJSPT.

Tahniah juga kepada semua AJK yang teah berjaya melaksanakan tugas sehingga majlis berjalan lancar dan berlangsung tanpa ada masalah. Walaupun kami JSPT adalah Jabatan bongsu setakat ini, Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan bantuan dan redha daripada Allah swt. Syukur. Jumpa lagi pada Mess Night  JSPT Dining In akan datang.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *