Isu Masyarakat,  Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Hi Tea PERKEP JSPT 2017 Meriah

Tahun ini kami di JSPT Bukit Aman, bakal kehilangan seorang lagi pengerusi PERKEP yang sangat humble dan baik hati. Selepas event kami di Langkawi Lawatan kerja Perkep ke Langkawi Kedah Berjaya di Anjurkan. Terima kasih IPD Langkawi., kami semua sibuk dengan persedian majlis Hi Tea PERKEP JSPT. Tak kurang juga sokongan pengerusi yang sangat membantu menjayakan majlis.

Majlis Hi Tea ini antara yang paling best dinajurkan. Serius, kami semua merapatkan ukhwah antarasatu sama lain dengan adanya Majlis Hi Tea ini. Hi Tea PERKEP JSPT 2017 hanya diadakan di Mess Pegawai Kanan, namun meriah sampai kan setiap hari ada jer nak diceritakan semua suasana semasa majlis.

Jangan melopong okay! Hahahah nampak kan Ummi berpoco-poco tu? Ehm, kami juara poco poco tau. Penat bukan main lagi, tapi sebabkan rasa seronok, semua orang melupakan kepenatan tu. Yang penting enjoy yang amat.

Tak sah kalau ada event tapi xder gambarkan..hehehe, pastinya camera bukan beratus tapi cecah ribu gabar, lepas snap tu ..balik rumah asyik terbayangkan gambar-gambar tu jer… Hahahah ini habit tak boleh buang sejak dulu lagi. Teringatkan bab gambar ini, masa recruit dulu Ummi jadi orang pertama kena double kawad sebab tak tidur malm, tengok dan melayan gambar dalam camera. hahahahah memory tu! Memory daun pisang.

HI TEA PERKEP JSPT
Di harap hubungan yang terjalin di Perkep JSPT ini dan majlis Hi Tea Perkep JSPT ini akan sentiasa jadi kenangan best untuk YDH Datin

Kalau perhatikan semua ini persembahan daripada kerani-kerani JSPT dan juga anggota. Hebatkan mereka, huh.. menari kalah profesional tu! Jangan tak tau..semua orang dalam majlis tak lepaskan peluang merakam tau. Hebat dan betul-betul gigih depa semua.

Serius seronok yang amat.. dan ini kali fuh…event paling best.. Tapi…kesedihan tu terasa sangat, sebab Datin Sharifah Zanariah  tak lama dengan kami. Walau bagaimanapun harap hubungan yang terjalin di Perkep JSPT ini  dan majlis Hi Tea Perkep JSPT ini akan sentiasa jadi kenangan best untuk YDH Datin. Terima kasih juga Datin banyak sponsor hadiah dan juga tenaga dalam menjayakan majlis ini. Kami semua terharu dengan kerjasama Datin.

Artikel Berkaitan :

MAKAN MALAM PERKEP YANG GOJES

HI-TEA PERKEP KDNKA IBU PEJABAT

Untuk sebarang video boleh tonton di FACEBOOK PERKEP JSPT. Kat sana banyak gambar-gmbar Majlis HI TEA PERKEP JSPT. Semoga ianya jadi penghubung ukhwah  sesama kita. Amin

Berkaitan  : Mess Night JSPT pembuka sejarah baru bagi Polis Trafik

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *