Anak buat salah dan bila Ummi mengamuk…!

Alkisah nya petang tadi , Ummi balik dari event  terus ambil Along dari sekolah. Balik rumah, dah ingatkan Along mandi dan bersihkan diri sebelum solat asar. Tapi….

Takkala Ummi, tengah siapkan entry Ummi biarkan Along mandi sendirian. Sebabnya dah biasa macam tu. Along berdikari dan biasa juga tinggalkan di rumah sendirian. Tak pernah buat hal sebelum ini. Ummi pun teruskan menulis dan menulis.

Leka menulis, Ummi pun panggil Along.

“Along, dah la ioiii ..mandi apa lama-lama” – Kali pertama.

5 minit berlalu..

“Along, dah laaa..buat apa lagi tuuu?”

Tiada jawapan.

Ummi pantas ke dapur.

“Ya ALLAH kau Along….banjir serumah! Apa kau buat niii!”

Marah Ummi. Jeritan Ummi memecah kesunyian petang …takkala mungkin orang lain tengah berehat!

Sekali , getah naik ke paha.. “Aduii Ummi…..”

Dan marah Ummi makan menjadi saat tadi..Allahuakbar…sekali teringat kejadian tadi amat menakutkan diri sendiri. Kali pertama!

Pranggg….!

“Arghhh.. cermin pecah!”

Allahuakbar… terus tersedar! Apa aku buat niih!

Lepas dah jadi baru menyesal tak sudah! Menyesal cermin pecah, menyesal pukul anak.. Allahuakbar..masih trauma lagi.

Masa kejadian, kami berdua jer di ruah. Mungkin kerana keletihan atau entahlah, masa ni pun tengah “kotor”..sebab tu mungkin juga kot..jiwa tak tenteram.

Malam, lepas dah ambil adik-adik dari rumah mama(pengasuh) bagi depa makan dan kami duduk..

Masa ni terfikir, anak anugerah Allah.. maafkan Ummi. Salah Ummi tadi, dah la Along nak exam lagi…haishh! Along pun satu, tak pernah buat macam ni..awatlah petang tadi buat hal!

Malam, Along seakan lupa kejadian siang tadi. Tapi petang tadi dia datang dan minta maaf sebab leka. Along mengaji selepas solat maghrib.Lepas tu, terus ambil buku dan buat ulangkaji. Ummi pula rasa berdosa dan bersalah.

Kenapalah aku sampai macam naik gil atadi.. apakah dugaan atau ini balasan atas dosa au hari ini…adus..mujuq anakkesayangan ini masih lagi wujud depanku untuk terus aku jaga..sedih dengan sikap sendiri seharian ini. Semoga kes ini jadi iktibar untuk diri sendiri, dan pembaca.

Kawan-kawan yang komen di Facebook Ummi..terima kasih atas nasihat kalian. Ummi janji akan muhasabah dan jadi lebih baik. Doakan ya.

 

Comments

  1. Suria Amanda

    Kadang- kadang bila kita terlalu penat anak- anak jadi manda, bila benda dah jadi mesti kita menyesal dan rasa kita ibu yang x baik kan…umminani sangat bertuah..boleh pantau anak depan mata..SA terpaksa berkorban tinggalkan nak dan hanya jumpa weekend je..SA la ayah dan SA la mama yang mencari rezeki besarkan dia..rindu memang tak terkata tapi i have to be strong..macam SA tau2 anak dan besar, dah remaja, rasa macam tak cukup masa besarkan dia…SA rindu sangat nak besarkan dia depan mata…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge