Bila anak exam..

Malam ni tak boleh lena duk pikir ke result anak.Tu ujian lepas, adehh.. la ni baru la faham perasaan mak mak kita menangis bila anak berjaya dan kecewa bila anak gagal.

Bukan senang nak terima kegagalan.. Uols rasa macamana? yer la, bayangkan kita dah usaha macam-macam siang dan malam, tup tup result anak gitu-gitu aje!

Eh, Ala, Along punya result bukan bengong sangat. Cuma Ummi kecewa, sebab banyak careless. Kalau tak reti buat still boleh terima, ini careless!!!! geramnya.

Akibat daripada tu, sekarang Ummi kena slow down banyak benda. Tapi, tu la namanya dugaan, time anak nak periksa pertengahan tahun ni la Ummi super busy. Mama (pengasuh) pula nak pergi melancong. Huh! Tekanan sungguh.

Bulan ni sikit serabut kepala otak. Duk fikir kerja kat pejabat nak kena selesaikan bagi sempurna dan juga siap. Ini sempena persediaan persaraan YDH Pengarah JSPT.

Masa ni jugalah, anak nak exam. Lama pula tu.. dan paling risau takkan nak biarkan dia dapat result teruk lagi. mestilah nak keputusan yang cemerlang.

Aduh, ni la dilema mak-mak. La ni nak pulun untuk exam pertengahan Ummi dengan abah bantu Along sebaiknya. 9malam – 1030malam kelas tambahan dengan kami.

Ummi bagitau Along, “Along, biar susah la ni, nanti Along dah berjaya semua benda jadi mudah. Along kena usaha!”

Fikir balik, ayat sama la Ummi bagitau Along sejak dia 4 tahun. Sebab tu berjaya membaca sejak 5tahun. Tapi bila sampai teknikal, Along kena belajar lain. 😣😣

Semoga usaha dan penat lelah ini dibayar pada masa akan datang dengan anak-anak yang soleh dan solehah.Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge