Kolam mandi penuh dengan cecair kekuningan, apa jadi?

Selamat berhujung minggu. Apa perancangan hari ini, dah ada menu nk di masak ke? Ummi bab masak belum tahu sebab hanya kami jer kat rumah hari ini.Mr Suami pula kena kerja 24 jam hari ini.

Pagi ini acara bermula dengan mandi kolam. Adeh! Anak-anak ini ingat tau apa kita janji, jangan buat main. Hari Rabu lepas nak lepas gian main air, depa minta abah masukkan angin dan mandi kat dapur.

Aduiii, yang abah ini melayan..Ummi pun layan jer la ingatkan kesian. Tapi, rezeki nak mandi tak lama sebab apa nak tahu… hahahaha adik buat hal! Adehh….prutttttt, tiba-tiba air kolam bertompok kuning… bersepah Along dengan Angah lari keluar dari kolam.

Hahahahaha adik sembur pewarna kuning. Erghhh, bukan Along Angah jer yang tak lalu nak mandi tapi Ummi dengan abah bising sebab air dah jadi najis.

Al kisahnya Ummi la kena bersihkan. Adeh! Adik, Ummi letih sangat dik.. Silap Ummi juga tk pakaikan wet drypers untuk mandi. Kalau tak dah selamat la. Proses mengemop ambik masa juga! Tapi okaylah, berpeluh juga Ummi.

Pagi ini….

Aktiviti hujung minggu depa semua, berendam. Hahahah belajar daripada pengalaman Ummi dah pakaikan adik CD awal-awal, tapi tak risau sangat sebelum masuk air adik dah lepasan pewarna kuning. Kebarangkalian nak melepas lagi tu dah 0.01% sahaja.

Penat kot kalau nak mencuci lagi pool pagi ini. Ummi pun ada kerja nak selesaikan jadi biarjer Along dengan Angah terus berendam sampai letih. Kakak dengan Adik dah masuk . Cukuplah sikit-sikit, baby tak boleh main lama-lama.

Plan hari ini nak ke KLANG. Dan nak ke DIY nak beli barang untuk buat hadiah pakcik dengan cik NANA punya konvokesyen. Petang-petang sikit la keluar, boleh rest sekejap. Tambahan semalam kul 1215am baru smpai rumah.

Lepas kelas anak terus ke Putrajaya tengok geng KBBA9 main futsal. Ikutkan hati Along dengan Angah tak mahu lagi berganjak depa. Nak terus main, owh no..abah bagi kebebasan sampai kul 12 jer. Okaylah, nak siap-siap apa yang patut.. selamat berhujung minggu. Kalau nak buat donut hari ini boleh tengok resepi ini : RESEPI DONUT MUDAH TANPA ULI

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge