Drama Along cabut gigi , last warning No Drama!

Rabu lalu , Ummi ambil off sebab dah bertungkus lumus kerja hari Sabtu. Lepas cabut gigi Along kami keluar makan kat Kenny Rogers Roaster , bak kata orang family day la kononya.

Gigi Along memang dah rosak , beberapa bulan lepas abah dah bawa ke Klinik untuk buang gigi yang longgar dan dah tak elok. Masa tu okay jer, masuk bilik doktor duduk elok jer, abah tunggu kat dalam la. Tak ada drama tragis pun.

Kali ini , Ummi temankan sebab Ummi off. Abah Rabu lalu masih kat office , sebab kerja 24jam , habis kerja jam 9pagi. Ummi dengan Along seawal 730 pagi dah sampai klinik gigi Semenyih ini.

“Along, kita pergi awal tau, cepat cabut gigi , cepatlah dapat balik rehat.Kalau Along okay , nanti boleh ke sekolah ” – Ummi bagitau Along.

“Ummi, hari tu kan, Doktor bagi cuti, Along tak mau p sekolah, nanti cikgu dah tulis Tak hadir” -Along waktu pagi tu…

Bila sampai masa, nombor 3001 di panggil. Nombor 1 la, sebab orang pertama kan. Rezeki dan memang cepat. Along masuk bilik doktor dan duduk. Mula doktor minta buka mulut. Tapi kat gigi yang senget tu ada sikit luka, sebab ada terjatuh langgar motor kot kalau tak silap masa tu.

Along mula berdrama sikit-sikit “Tak nak, sakitttt!” – Ummi pula “Along buka jer la mulut tu, bukan sakit pun..hari tu dah cabut dengan abah okay jer kan!” berulang beberapa kali juga lah!

Tapi..tak nak buka mulut juga, okay Ummi sabaq. 1st time bagi muka okay! Kleuar dulu, tunggu kat luar bilik doktor. Ada seorang budak perempuan darjah 2 masuk. Sekejap jer dah keluar. Konon Ummi peluk la, pujuk…dan lepas tu Along masuk untuk kali ke-dua, selepas kali pertama gagal.

Drama tadi berulang lagii! Siap Ummi dah pegang kaki kuat-kuat dia mernta juga! Ini dah bikin panassss! Haihhh dah naik  temperatur Ummi. Mujur doktor sabar.

Tak nak juga! Okay keluar..bagi muka! Ummi berjalan ke motor. Kena ugut dengan Ummi, tak nak cabut , Ummi tinggalkan kat klinik. Along – “Along nak dengan abah! ” “Eh, alasan abah pulak! ” dalam hati, abah kekuatan Along kot.

Tapi, betul kalau pergi kelas ke atau mana-mana dengan abah okay. Kalau dengan Ummi mengada tahap 5! Angah , kakak dan adik pun sama. Ini species sama, dengan abah semua cool, dengan Ummi …haiiii memang nak uji kesabaran aku!

Ter tengking jugalah ! Bukan sengaja…yer la melalak bagai apa. Mana Ummi tak geram! Last, Ummi call abah, abah pujuk-pujuk , Along sejuk sikit. Ummi bagitau, ini last chance. Kalau tak nak juga cabut gigi, siap along dengan Ummi.

Along dah tau perangai Ummi kalau naik tempe! Dia pun , melangkah perlahan masuk semula ke klinik dan tunggu depan bilik doktor.

No diva no drama!

Kali ke tiga ada seorang makcik ini pujuk Along. Awalnya menampakkan kegagalan, tapi bila Ummi pegang tangan dan datang seorang doktor lagi pegang tangan , akhirnya proses mencabut gigi berjaya.

Lepas tu , okay jer! Mujur la doktor pun baik hati. Yang best “Doktor nak alat lain, yang kecikkk! ” Along minta! Hahahah gerun tengok alat pencabut gigi agaknya!

Hish..ini anak..maknya appointment Selasa depan..heheh kalau anak marah suruh cabut, bila diri sendiri sebenarnya gerun jugak..doakan Ummi sendiri berani yer, graham kot, adehhh… Pesanan, jaga gigi dari kecil , Ummi anak 1st memang tak ada experiece. Bila mai kat Kakak dan adik Zakkir kini gigi depa dah lawa. Jom gosok gigi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge