Buffet Ramadhan 2017 di KL Tower

Teruja sangat semalam bila dapat menjejakan kaki ke KL Tower  untuk food Review bagi Buffet Ramadhan 2017 di KL Tower. Huhuuu… walau dalam keadaan hujan yang lebat waktu awalnya dari jam 4 petang, keep doa supaya hujan reda..hehehe hati dah melonjak sakan nak ke KL Tower.

Ini pemadangan dari Event Hall Menara KL. Serius pemdangan waktu maghrib yang sangat cantik. Dapat tengok kesibukkan kota dari atas dan waktu silih berganti malam.
Menara KL
Pemandangan indah di malam hari dari Event Hall Menara KL. Sangat teruja melihat keindahan kota malam dengan penuh cahaya lampu.

Masa sampai sini, hujan dah reda, dalam kesejukkan meredah bandaraya akhirnya Ummi sampai juga ke KL Tower . Serius suasana nyaman di atas bukit ini , buatkan rasa nak dating dengan Mr Suami jer kat sini. Ala-ala suasana romantik terus menerpa dalam kalbu..huhuuu dapat bayangkan jer la, sedangkan masa datang ini hanyalah kesorangan.

Buffet Ramadhan 2017 di KL Tower

Buffet Ramadhan 2017  di KL Tower menjadi idaman semua orang, betul kan? Yer la , siapa yang tak teruja nak naik keatas dan dapat menikmati makan malam dalam suasana yang penuh romantik  dan pemadangan yang cantik. Tapi, best lagi , bila makanan disini bukan sahaja dapat menambat lidah merasa tapi menawan hati untuk datang untuk kali ke -Dua dan datang lagii..

Menu kambing golek , menjadi menu utama yang diketengahkan untuk Iftar ramadhan kali ini.

Keterujaan makan di sini terus terasa. Masakan melayu yang pasti bukan sahaja dapat menawan hati penggemar makanan Melayu, tetapi pastinya makanan yang disajikan dapat memikat hati pengunjung dari luar juga. Ummi melihat aksi tetamu lain , mengambil juadah yang disediakan di Buffet Ramadhan di KL Tower ini, Ummi terasa amat seronok. Jika Ummi CEO, Ummi pun akan rasa bangga bila ramai yang puas hati makan makanan yang disediakan di tempat kita.  Huhuuhhuu berangan nak jadi CEO..OPSS!

Apa komen Ummi merasa makanan di Buffet Ramadhan KL Tower?

ceo menara KL
Ceo turun padang untuk bersama tetamu pada malam tersebut.

Ini makanan pilihan Ummi..hahah dah macam monster,, ngap ..ngap…fuh! Full sangat lepas makan! h…dah terliur ke? Hhehehe mai nak story apa rasa setiap jenis makanan yang ada disini.

Udang ini menarik. Udang masak keliou gitu..ala ,kalau senang nak faham macam kari udang la. Tapi rasa udang ini powerfull… bagi 5 bintang. Udang masih segar dan tak keras..ini baru betul-betul makan udang. Rasa juicy udang masih ada lagi. Sedap weh!

Ini sepinggan kambing bakar pilihan Abang Sohoque dari Explorasa. Nampak daging ini lembut jer, haisshhh! Sangat menawan hati nak makan, betul dak? Sos lada hitam pula tu…huiiii rasa kembang dah ini. Menyesal kalau tak makan!

Ini pari bakar. Ummi sangat sangat suka , tambahan lagi makan masa ianya masih panas. Kuah dia kalau la boleh tambah sure nak tambah lagi. Rasa ikan pari masih ada, dan kuah tak pedas dan tak manis. Ummi bagi 5 bintang juga untuk pati bakar. Ada juga seafood bakar di gerai yang sama.

Ini lagi satu makanan pilihan Spagetti Carbonara. Tapiiii! Bukan la nak stresss, cuma kena tunggu lama sikit sebab chef masa sikit-sikit dan kena tunggu sebab ramai sangat suka! Lain kali kalau pergi Buffet Ramadhan di KL Tower ini, pergi beratur kat tempat spaggetti dulu tau! Tak sempat merasa nanti balik rumah termimpi-mimpi..

Tengoklah, bukan Ummi jer yang suka yang amat makanan di sini. Kakak cantik kita ini pun suka. Senyuman meleret tau dapat makan kat Buffet Ramadhan di KL Tower ini. Kakak kita dah ajak ini, jom la ramai-ramai kita p makan di KL Tower. Booking awal itu wajib.

Pakej Buffet Ramadhan Di KL Tower 2017

Bagi bulan ramadhan tahun ini , tempahan dah dibuka. Boleh la planning untuk berbuka bersama keluarga dan juga bersama rakan pejabat. Boleh hubungi nombor tertera.

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk kembali lagi! Kami menjemput semua yang berminat untuk memasak bubur lambuk menyertai Pertandingan Memasak Bubur Lambuk pada 29 April 2017!

Pengagihan bubur lambuk secara percuma akan bermula dari jam 12 tengah hari!

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 03-2020 5448.

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    2. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge