Blogger, bekerja, rumah dan anak-anak ada cabarannya…

Hari ini ada kerja yang kena settle dr jam 5petang sampai selewatnya 830 malam di Kl Tower. Ada food review untuk blogger , ini nak ucap terima kasih juga kat Ben Ashaari, tapi sayangnya dia yang tak dapat hadir. Demam katanya.  “Aben, semoga diberikan kesembuhan dan kelegaan seperti sediakala”-Amin Blogger bekerja macam Ummi ada cabarannya..baca nak tahu ke?

Blogger bekerja dan cabarannya .. ada cabaran ke jadi Blogger? Nak cerita, apa yang orang nampak tapi bagi kami bukan mudah. Ummi pula kena dapatkan redha suami. Dia banyak bantu. Syukur😍 Bila suami Redha , benda susah jadi mudah.

Perjalanan 3 jam urus ambil anak sekolah dan kembali ke pejabat 
Hari ni Suami , Dr Kl → Beranang ambil anak→ 50 minit → hntr anak ke rumah pengasuh → balik ke Kl semula sebab kerja 24 jam hari ini. makan masa mau 3 jam atas jalan raya.  Satu perjalanan yang perlu harungi hujan dan panas. Ini pengorbanan mu..Thank you sayang , u always support me alot … *nak menangis rasa

Tapi , sebab dia redha dia juga membantu. Ingat mudah ke nak lalui satu-satu perkara? Huhuu, kalau Ummi mau dah melalak atas motor, menyanyi…yang paling best azan kuat-kuat. Waktu macam ni nak berada atas jalan raya 3 jam bukan mudah! Mengantuk pun ada, dengan sejuk hujan lebat lagi… Allahuakbar, Thank you sayang.. Takkan ku lupa jasamu sehingga ke syurga.

mama blogger malaysia
Doaka asbab usaha dan kerjasama dan sokongan ramai orang, satu hari nanti Ummi akan dapat kembalikan apa mereka beri dengan seindah senyuman dan membanggakan mereka. Kini biar aku menapak , tapi aku tahu, satu hari kejayaan pasti milik aku dan keluarga.

Hubungan baik dengan Pengasuh anak-anak
Kerjasama dengan Mama a.k.a pengasuh amat berharga, tanpa sokongan orang sekeliling tak kemana juga. Dalam keadaan memerlukan mujur Allah gerakkan mereka membantu. Tanpa mereka, tanpa kerjasama walau susah bagaimana tak kan dapat Ummi hadir ke mana-mana event. Satu jasa dan pengorbanan yang besar sangat.

Duk menaip ini terdetik “YA allah , esok aku kaya dan kau kayakan aku dengan rezeki yang halal, mudahkan untuk aku bantu mereka juga. Asbab melalui aku, kau rezekikan pengasuh aku rezeki yang berlipat ganda juga..aku sayangkan mereka seperti mana ibu ayahku sendiri. Ya Allah selamat kan mereka dan peliharakan keluarga mereka seperti kau jaga keluarga besarku. Jadikan mereka sebahagian keluargaku, kasih sayangku..Ya Rahman Ya Rahim”.

Nak berjaya ni ada penghalang dan batu batu yang bersepah di lantai…cuma nak lalui atau tidak. Jadi, apa kita ada syukur. kita susah, tapi ada orang lagi susah…kita lihat orang dapat benda mudah, kaji sejauh mana liku dia lalui. Hidup untuk dinikmati. Dan menghargai. Ini reality kami, bukan sekadar ilustrasi. Doakan susah senang ini berakhir dengan pelangi nan indah.

Thank you my love Muazam Nawawi ,

Mama Rosniza Ismail dan Ben Ashaari .. Tq tq tq

Comments

  1. Nora Karim

    Benar, orang nampak kerja blogger macam senang… padahal apa yang kita lalui terlalu banyak onak dan duri… cabaran dan rezeki blogging ni macam-macam bentuk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge