Selamat Hari Polis ke – 210 tahun PDRM

Hari polis ke – 210 disambut semalam di Pulapol KL. Setiap 25 Mac akan diraikan hari polis. Dah lama pun pasukan PDRM ini. ummi bersyukur sebab antara yang terpilih berada dalam PDRM.

hari polis ke - 210

Sambutan Hari Polis ke – 210 tahun ini diadakan di Pulapol KL dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.Ummi dan anak-anak bangun seawal jam 4.30 pagi. Kami siap dan terus ke Pulapol KL. Sampai di Pulapol KL kira-kira 6.15 pagi.

Kami solat di surau di bangunan akademik. Tepat 6.30pagi, selesai solat terus ke Padang Kawad Pulapol KL.Abah hantar Ummi dan anak-anak ke khemah sebelah kiri pentas dan abah ke pentas di sebelah kanan. Ummi tak terlibat secara langsung, sebab tu tak pakai uniform.

Tepat jam 8.00pagi, pengarah semua jabatan serta IGP, DIG dan Menteri Dalam Negeri sampai.Kira-kira 815pagi, Perdana Menteri dengan isteri sampai bagi merasmikan HARI POLIS KE – 210.Acara di mulakan dengan penuh istiadat. Tapi, saat ini air mata mula membasahi pipi bila menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat.

Ummi teringat arwah ayah. Tahun 2008, semua keluarga Ummi dan kawan-kawan Ummi datang hantar Ummi ke Pulapol KL. Mereka hantar dengan penuh harapan dan kasih sayang.

Saat tu bagai muncul semula. Tahun 2009, mereka datang lagi bagi acara tamat latihan. Setahun berlalu , banyak perkara yang Ummi belajar di Pulapol KL.

Sekarang, bila tengok padang kawad ini. Ummi terpikir, sampai bila akan aku datang dan berada dalam pasukan PDRM. Adakah sehingga usia 60 tahun? Biarlah masa yang menentukan. Jika ada rezeki, pasti Ummi akan teruskan dalam PDRM.

Anak-anak Ummi boleh ke jadi Polis?


Ini soalan cepumas. Tapi, bagi Ummi biarlah mereka ada rancangan masa depan mereka sendiri. Ummi tidak harapkan mereka berada dalam pasukan PDRM.

Ummi ingin fokus anak-anak jadi pembimbing agama. Tapi jika rezeki mereka dalam Polis, mungkin Allah dah tentukan mereka dalam pasukan untuk sebab-sebab tertentu.

Hari Polis ke – 210

Berbalik kepada Sambutan Hari Polis ke – 210. Selesai lintas lalu dan juga pertunjukkan gimik, kami pun beredar balik.Walaupun kerjaya kami dicaci dan dihina, tapi Ummi tahu sebab tu kami dipilih jadi polis. Kerana kami ada perjuangan belum selesai.

Sepanjang berada dalam pasukan PDRM, Ummi dapat belajar banyak perkara. Dan Ummi juga ingin berterima kasih kepada pucuk pimpinan JAB. SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK kerana sehingga kini masih menerima bakti murni daripada pegawai seperti Ummi yang serba kekurangan.

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bersama Isteri – Dato’ Mahamad Akhir Bin Darus & Datin Sharifah Zanariah. Kedua insan ini menjadi inspirasi Ummidan suami untuk terus maju dalam Pasukan PDRM

Kadang kala, disaat bekerja apabila menjadi terlalu jujur dan lurus Ummi terpaksa berhadapan dengan fitnah. Ummi yakin dan percaya suatu hari kebenaran akan timbul. Sikap berdiam diri Ummi , adalah demi ukhwah kerana Allah swt.

Biar sekalipun Ummi di fitnah oleh rakan seperjuangan, bagi Ummi tindakan “rakan” tersebut hanya untuk kepuasan dan motif diri sendiri. Jadi, jika kita berada di jalan yang benar Insya Allah, Allah pasti lorongkan sesuatu.

Gamba Kenangan Hari Polis Ke 205 tahun 2012

Sebelum berakhir, Ummi nak ucapkan selamat hari polis ke – 210 kepada pegawai atasan dan juga kawan rakan Ummi. Tak lupa kepada ayah mertua yang besarkan Mr Suami dengan gaji seorang anggota polis.

SELAMAT HARI POLIS KE – 210. SEMOGA KITA JADI INSAN YANG MEMUDAH CARAKAN ORANG LAIN.

Ucapan daripada sahabat Facebook

Berkaitan  :

Ucapan daripada Ben Ashaari

Ucapan daripada Shiqeen Sattar

One thought on “Selamat Hari Polis ke – 210 tahun PDRM

  1. lama juga kan 210tahun tu…semoga semua angggota polis diMAlaysia di beri kesihatan supaya dpat menjaga keselamatan kami…mencabar waktu skrg ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge