Review J Revolusi Movie

Hari ini tengok wayang dengan Along. Along baru selesai exam awal tahun. tapi awal-awal ummi dah pesan:
“Along, balik rumah mulut kunci. Jangan nak mengada buka mulut nak bagitau angah!”


Boleh dia gelak jerr! gila mau tau dek Angah mau mengamuk 25jam sehari.. hahaha termasuk mimpi!!


Uishh tak tahan laa dengar Angah menangis! Ini anugerah untuk Along, sebab katanya tadi matematik dapat 100%. Dah lama tak berdua dengan Along. Sebelum kami masuk menonton, kami solat zuhur dulu. Barulah tenang bila menonton.  Hari ini kira bonding time jugaklah, melayan si Along Mustaqim.

Sinopsis J-Revolusi


J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindakhas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian (lakonan Fazura) yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. (Trailer J Revolusi 2017)

Filem yang bergenre aksi dan drama ini merupakan arahan sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai penerajun utama filem ini. Selain Zul Ariffin, Filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.

Review Ummi:

Filem ini wajar untuk dapat anugerah Box Office. Sangat best. Kualiti yang setanding cerita obersea! Hahahaha bukan sebab Ummi polis Ummi nak cakap filem ini best..tapi bagus menunjukkan kesetiaan kepada pasukan dan bertarung selagi belum selesai.

Filem ini sangat bagus dalam member pendedahan kepada masyarakat tentang bagaimana kerjaya polis dalam UTK. Kewujudan Unit Tindak Khas dan kerja mereka. Hanya mereka yang layak dan terpilih sahaja yang diterima masuk dalam UTK. Mereka yang memohon harus kuat mental dan fizikal. Melalui ujian yang sangat mencabar dan kebolehan Zul Arifin bangun semula setelah beberapa kali pukulan dan disembur asap sangat mengujakan.

Teladan daripada Filem J Revolusi

Pertama :
Kasih kepada anak mestilah di berikan dengan sebaiknya sejak mereka kecil. Minda separa sedar mereka akan merakam segalanya sejak usia muda. Programming yang betul akan membawa kebahagiaan dan kejayaan kepada kehidupan anak di masa depan. Persediaan Mental anak menghadapi masa depan adalah penting.

Kedua :
Bekerja dalam berpasukan adalah penting. Setiap kejayaan yang dilakukan ada penyokong dibelakang. Jadi, tiada istilah aku berjaya kerana aku!

Ketiga :
Pantang menyerah sebelum kalah dan pantang kalah sebelum berlawan sehabis baik. Dalam cerita ini Zul Ariffin membuktikan , usaha yang dilakukan tidak sia-sia dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi pasukan dan orang tersayang.

Keempat :
Arahan pegawai atasan mestilah dilaksanakan sebaiknya. Setiap keputusan yang dilakukan mestilah di buat setelah ada rasional. Buat keputusan dengan akal bukan dengan emosi.

Permintaan  :

Next Along nak ajak abah pula  menonton Power Rangers 2017.

Selamat menonton. Sokong filem Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge