Muslimah Clothing Lokasi Kami Adhoc Shopping untuk “Work Wear”.

Hi korang.. selalu pergi shopping area mana? Tau tak, Rabu lalu SS dengan Ummi buat gila sikit, kami pergi area Bangi.  Saja nak window shopping sebelum event QMANDA BEAUTY. Tiba-tiba, lepas parking dan jalan-jalan, kaki kami terhenti kat Butik Muslimah Clothing (MCC ).

Muslimah Clothing Butik Pilihan Kami

Butik Muslimah Clothing betul-betul terletak menghadap jalan dan senang nak cari. Terletak kat tingkat bawah pula tu, memang mudah nampak.

Melangkah masuk ke Butik , Ummi dengan SS tawaf butik dulu. Ada 2 tingkat termasuk bahagian bawah. Kami tawaf punya tawaf, banyak yang berkenan.

Palazo dan skirt banyak sangat pilihan lawa-lawa. Huishhh, hati ni dah tetarik. Dah ada yang berkenan. Tapi, kat bahagian atas belum lagi habis tawaf.

Selepas kami dah habis cuci mata kat bahagian bawah, kami naik semula kat bahagian atas. Banyak sangat jubah yang lawa. Apa yang Ummi perhatikan, saiz baju di butik ini sesuai untuk XS-5XL. Jadi tak ada masalah saiz, sesuai untuk semua peringkat umur.

muslimah clothing

Banyak pasang yang Ummi cuba. Ada color oren ini cantik sangat. Tapi Ummi pilih yang warna mustard. Sebab, perbezaan kain. Lagi pun, yang Ummi pilih ini nampak lagi simple.

Menariknya butik Muslimah Clothing kini menawarkan konsep “WorkWear2017” , sesuai untuk wanita yang nak lebih nampak elegent. Walaupun bergaya, tapi masih mengekalkan konsep muslimah. Ini yang Ummi paling suka.

FESYEN MUSLIMAH 2017 

SS, ada juga cuba jubah. Warna dan pilihan jubah pun banyak. Ada yang bercorak ada yang plain. Semua cantik la..

Akhirnya, kami pilih baju yang design sama! hahahah memang tak diduga. Tapi memang lawa la baju ini. Opsss, Ummi dengan SS terus pakai ke Event Memperkenalkan Duta Baru Qmanda Beauty tau😍😍.

Dalam sibuk kami mencuba, owner butik datang. Tuan Muda Nizar dan Puan Hafizah yang ayu orangnya sempat menyapa kami.

Alang-alang jumpa owner, mestilah bergambar sekeping dua buat tatapan kenangan.

Owner sangat mengalukan kedatangan kami. Bukan la kami saja, tapi ada customer lain juga yang ketika tu ada dalam butik. Kami di maklumkan 25 Mac nanti ada sales dan promosi untuk anniversary butik. Tapi akan berlangsung di Butik MCC Shah Alam.

Siapa bawa mak, mak sedara atau mak angkat, selfie dan #hastag butik. Mak layak dapat sehelai tudung free. Rezeki mak kan..😄

Jadi, alang-alang ada sales boleh la shopping jubah-jubah lawa untuk terawikh tak lama lagi. Lagi satu jubah dan baju kurung di Butik MCC ini sangat selesa. Kata orang, lebih sopan lebih cantik.

Apa kata mereka tentang Muslimah Clothing ? Klik Sini

Kalau nak cuci mata, boleh layari :

Website : https://muslimahclothing.com/

Instagram : MuslimahClothing

MCC WAREHOUSE SALE 2017

🍭 1 – 12 MAC 2017 🍭 ONLINE & BUTIK 🍭 All off-seasons item must go! 🏃 #MCCAthleisure2017 Superstar Ready To Sweat www.MuslimahClothing.com/warehouse%20sale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge