Umminani

MC seminggu sebab tisu area lutut cedera. Insaf laa….lepas ini tunggang motor kena hati-hati.

Hari hari melalui satu perjalanan bukan mudah rupa nya. Ehm.. bila dah excident barulah rasa, bagaimana oku hadapi hidup. Uiiii penat rasa , bila nak buat satu-satu benda tak boleh! Arghhh, kena minta tolong suami, kena arah anak.. hish stress sangat !

Pagi Jumaat nak bangun dah rasa berat kaki. Walhal semalam tu , boleh lagi naik tangga. Aduii, bangun tidur nak kejutkan along pun dah tak boleh gerak. Cuba melangkah! Arggg, tekanan pada kaki kanan buatkan kaki kiri tak boleh jalan. Aduiii.

Apa tidaknya, mula la cari bahu nak memapah. Mujur la walaupun malam tadi  suami kerja 24jam  tapi atas ehsan boss dapat balik malam tu. Pagi tu, Mr Suami la yang hantar anak-anak ke rumah mama pengasuh.

Lepas hantar Along pergi sekolah, abah balik rumah breakfast dan kami siap-siap pergi hospital. Masa nak gerak dah bagitahu awal-awal, nanti kalau kena admit ambil barang kat tempat-tempat tertentu jika nak kena bawa. Pesanan penaja. hehehehe

Kami sampai Hospital Kajang dalam jam 945pagi, pergi kat tempat registration lepas tu sebab Ummi masih sedar dan sihat walaupun sakit, kami hanya di hantar ke zone hijau. Menarik di hospital Kajang tak ramai orang. Lepas ambik tekanan darah, terus tunggu untuk jumpa doktor. Dr Ilyana bertugas pagi ini.

Bila nombor 1026  dipanggil, Ummi masuk bilik doktor. Ingatkan boleh la manja-manja…aduiiii kena angkat kaki, gerak sana sini.  Sakit la doktor! Mujur doktor baik sejuk hati walaupun sakit tau.

Doktor minta pergi x-ray. Jarak tak jauh , suami tolakan dan tunggu dalam 15 minit dah dipanggil masuk nak x-ray. Kat dewan xray- pusing kanan, pusing kiri dah settel. Memang cepat sangat.

Resultnya, Dr Ilyana cakap tiada patah mahupun retak. Cuma muscle dan tisu-tisu terkoyak dan menyebabkan sakit dan bengkak. Syukur, alhamdulillah. Lega rasa hati…

“Dr, dapat mc tak? saya bekerja dan Isnin ini sepatutnya saya kena ke Port Dikson bengkel seminggu, boleh dapat mc?”

“Boleh  Puan, puan kena berehat untuk cepat surut bengkak dan lutut pulih. Saya bagi mc sampai 8 Mac 2017”

Terima kasih Dr.


Settle dalam jam 12tengahari, kami terus pergi ambil Along kat sekolah. Apa lagi, Ummi dengan abah dah lapar. Ummi suruh jer abah parking dpean kedai kat area sekolah Along dan makan dalam kereta. Abah dengan Along makan kat meja. Selesa untuk depa dua beranak.

Selesai makan, abah dengan Along solat Jumaat dekat masjid sebelah sekolah Alog. Ummi pula tunngu dalam kereta. Alang-alang tunggu depa selesai solat, Ummi makan ubat sebab dha tak tahan sangat sakit kakinya. Selesai jer solat, dalam keadaan panas-pening kepala semua ada singgah pos Shampoo Soya , fuh tak sabar nak sampai rumah. Lepas jer solat zuhur walaupun  lambat, terus tidur. Maybe sebab makan ubat jadi mengantuk lain macam agaknya.

Sebabkan MC, beberapa hari. Maka dapatlah duduk kat rumah . Doakan Ummi cepat sembuh ya.

 

One Comment

  • anuar

    Bersabarlah yer.. itu tandanya Allah sayangkan UmiNani.. sebab tu Allah turunkan ujian pada Umi..
    Tapi jari dengan tangan tak apa2 kan?
    Jadi, bolehlah berehat dekat rumah sambil update blog byk3.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *