Ummi tidak menyekat anak bermain diluar sebab nak anak jadi bijak!

Ibu -ibu kat luar sana bagi ke anak main kat luar? Main tanah, selut dan juga apa sahaja mainan outdoor? Kalau Ummi, Ummi bagi jer depa main kat luar. Aktiviti fizikal seperti berberbasikal dan juga main bola.

Bagi Ummi anak-anak kena biar main jer, asalkan keselamatan terjaga. Jika kotor guna lah Cetaphil untuk mandi. Yer la, sebab apa anak kena bagi peluang main di luar? Bagi Ummi dalam depa berlari dan bermain, kat sini la depa belajaq ” Stop” , “mula” atau “cepat” dan juga “laju”.

Anak-anak yang dibiarkan main hanya dalam rumah atau kawasan indoor mereka lebih pasif. Ini sangat bahaya untuk perkembangan minda anak.  Bila anak-anak bermain di luar, mereka akan belahar berkongsi barang dan juga mainan. Ini bagus kan? Setuju? Sebab tu bila menjaga dan membesarkan anak, ada yang perlu kita sebagai ibu ayah biarkan sahaja . Kata orang macam menarik layang-layang. Jika dah ketengah , tarik semula dalam dakapan ibu ayah.

Anak-anak yang dibiarkan bermain sekurangnya 30 minit sehari di luar , mempunyai daya tenaga yang lebih tinggi. Maka, daya tumpuan anak akan lebih baik dan ini dapat memberi kebaikkan kepada kebolehan pembelajaran.

Apakah 3 jenis aktiviti permainan  yang biasa untuk anak :

    • Permainan Sosial

Permainan ini lebih kepada tujuan mengajar anak berinteraksi. Maka, anak boleh bermain pondok-pondok atau bersakap satu sama lain.

    • Permainan Fizikal

Permainan seperti berlari, main buaian, berguling-guling akan menjadikan anak-anak lebih aktif.

    • Permainan Imaginatif /Mental

Permainan seperti blok kayu, atau mengira anak tangga. Selain itu, ibu ayah boleh sama-sama berimaginasi bersama mereka menjadi puteri, raja dan permaisuri.

Rahsia Anak Cerdik Dan Pintar

Ummi paling teruja bila anak-anak yang seronok. Gembira dan mereka mempamirkan rasa suka dan seronok di wajah mereka berbanding wajah yang suram. Jadi, jika kita sayangkan anak-anak biarkan mereka bermain di luar. Jika tidak dapat setiap hari, bolehbermain sekurangnya sekali atau 2x seminggu.

Semoga anak-anak kita jadi anak yang pandai , aktif dan cergas.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge