Saya dan keluarga

Along nombor satu Ummi!

Along minggu ini ada exam awal tahun. Mula hari Isnin 6 Mac  dengan paper bahasa Melayu dan paper English. Petang tu ada paper tauhid.

Yang bestnya , bil abalik sekolah Ummi tanya Along boleh ke jawab periksa? Boleh Mi, Along nombor satu!. Ehhhhh..Ummi pikir budak ni lumba siapa jawab cepat ker??? Ehmmmm! Along itu nombor satu siap, bukan keputusan. Esok along jawab, biar lambat atau cukup-cukup masa takpa, tapi Along kena lah semak betul ke tak jawapan Along tulis tu.

Ummi pulak yang gelabah, bila Along berlumba nak siapkan cepat-cepat. Entah dia semak ke tidak apa dia tulis..hehehe Anak owh anak. Takper la, baru darjah satu dan ini kali kedua exam , selepas penilaian nak dapatkan kelayakkan untuk masuk sekolah sekarang.

Ummi doakan Along berjaya lah. Apa keputusannya kita tunggu nanti.. tak sabar juga nak tahu ini, nombor satu siap, tapi betul ke?

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *