• Isu Masyarakat,  Review Produk Dan "Event"

    Zakat membantu asnaf baiki taraf hidup- Jom bayar zakat sekarang.

    Alhamdulillah, pada 3 Mac selesai program ziarah asnaf zakat daerah Petaling yang melibatkan lima keluarga penerima bantuan perubatan dan pelbagai bantuan zakat lain. Mereka adalah antara yang layak untuk dibantu oleh kita semua. Ini adalah wang zakat yang telah dikeluarkan dan semoga amanah yang Allah beri pada kita , kita dapat tunaikan dengan mengeluarkan zakat. PENERIMA ZAKAT PERUBATAN:👇 1. Mustafa bin Mohamed Jaafar penerima bantuan susu kesihatan untuk anaknya yang mengidap sawan dan ceberbral palsy 2.Yusof Jenal penerima bantuan susu khas untuk anaknya yang turut menghidapi ceberral palsy. 3. Ruzana Rajuli ibu anak 6, suami mengidap stok seluruh badan. Penerima bantuan katil dan kewangan bulanan 4.Yusof Tan mempunyai anak yang…