Isu Masyarakat,  Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pemantauan Trafik PDRM Melalui Udara Sempena CNY 2017

Setiap kali musim perayaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik antara jabatan dalam PDRM yang paling sibuk untuk menguruskan dan memastikan perjalanan sepanjang musim perayaan lancar. Bagi tahun ini, saya di tugaskan untuk melakukan Pemantauan Trafik PDRM melalui udara sempena CNY 2017.

Gambar menunjukkan tol Duta pada 1 Feb 2017 jam 1445hrs

Pemantauan Trafik kali ini didapati jalan raya sibuk pada 29 dan 30 Jan. Tapi pada 1 Feb jalan dah mua lancar. Mungkin ramai yang bergerak awal dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Semasa pemantauan kali ini saya bersama dengan media dari Utusan Malaysia.

Bertugas di lapangan perlukan kesabaran yang tinggi dan juga kena kuat fizikal. Semasa pemantauan kali ini, waktu menunjukkan jam 1345hrs. Panas terik waktu ini..tapi jam 15oohrs, cuaca mula tunjukkan perubahan. Ini cabaran untuk pilot dan juga kami dalam helikopter.

Bahaya melalukan penerbangan semasa hujan kerana pandangan menjadi terbatas. Kata pilot ASP Shahrul :

Puan bayangkan berada dalam kapas tebal. Disaat kita di selubungi oleh awan tebal, pandangan terbatas dan hanya berpandukan cahaya. Bahaya dan antara punca boleh menyebabkan helikopter terhempas.

Bila cuaca mula menampakkan gerimis, angin di udara sangat kuat dan ini sangat bahaya untuk helikopter. Helikopter sangat ringan dan juga memerlukan kepakaran bagi mengemudi nya. Alhamdulillah pilot PDRM antara yang terlatih dan terbaik.

Op Selamat 10: Pemantauan Udara

“Ini kali kedua giliran saya membuat pemantauan udara sepanjang Op Selamat 10” kata ASP Nor Ain b. Abd. Mutalib. “Semasa Op Selamat 9, saya juga terlibat membuat pemantauan udara yang sama” tambahnya. Turut serta dalam peninjauan, DSP Anuar (Pilot), ASP Norzan (Co-Pilot), Kpl Rizal dan Kpl Adila.

Pemantauan Trafik PDRM

بِسْمِ اللهِ مَجْرَهَا وَمُرْسَهَآ اِنَّ رَبّىْ لَغَفُوْرٌرَّحِيْمٌ

Ertinya :

Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Pengasih.
Doakan kami yang menjalankan tugas lapangan sentiasa di lindungi oleh ALLAH swt. Hidup mati di pengetahuan ALLAH swt. Yang penting kita semua menjalankan tugas dengan amanah , adil dan saksama. Apa juga bidang kerjaya, semoga kita menjadi manusia yang berintegriti dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya demi agama tercinta. InsyaALLLAH.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *