Polis Sporting Okay! – “Mannequin Challenge” Cawangan Kawalan Lalulintas

Hari Jumaat lepas kami buat makan-makan kat office sempena pertukaran pegawai dan juga majlis birthday untuk mereka yang birthday bulan 1-3. Kali ini event manager seperti biasa lah, Insp Nani. Siapa tu? Kena baca di sini. Kami sempat buat  Mannequin Challenge lagi kali ini. Polis Sporting sebab kami juga manusia biasa.

Hari ini #mannequinchallenge dengan staff kat office. #kbba9 #kelabbloggerbenashaari

A post shared by Umminani (Nooraini Ali) (@ummi_nani) on

Kali pertama buat hari tu kami masak dan bawa makanan sendiri. Kali ini sebab dah last minute perancangan , kami hanya tempah dari Zack Catering. Kos gunakan sikit sumbangan ahli dan kutipan dah cukup menampung perbelanjaan kecil -kecilan kami. Seramai hampir 25 orang ahli kami bersua muka pada hari Jumaat lalu. Kalau kebiasaannya memang semua super duper busy.

Menu makanan kami tempah daging hitam, kari ikan, ulaman dan juga ada kek untuk birthday. Simple tapi yang lebih penting ukhwah sesama kami. Bos SUPT Gan memang boss yang sporting dan kami semua selesa di bawah kepimpinan beliau. Seronok buat makan-makan di Cawangan kami, kecil -kecil kami tapi alhamdulillah bersatu.

Dengan teletah staff yang baik hati semua, kami sempat lagi buat Mannequin Challenge, satu unit terlibat. Memang menarik dan best. Jom layan  :

So happy birthday kepada yang menyambut birthday dan selamat bertugas di tempat baru ASP Saiful. Tahniah atas pertukaran yang dinantikan . Semoga kerjaya bertambah cemerlang dan dapat melaksanakan tugas sebaiknya. Ukhawha kerana ALLAH swt pasti mudah walaupun kepimpinan kita bukan sealiran. Semmoga UKLL sentiasa cemerlang. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge