Manjaku Baby Mall Lokasi Ummi Shopping Baju Adik

Hari ini Ummi masih lagi bercuti. Jadi Ummi ambil masa yang ada nak bonding time dengan si kakak yang comel. Hahaha, Angah kalau baca ini marah dia kat Ummi, sebab Ummi tinggal Angah dengan Zakki kat rumah mama. Ummi dengan Kakak Sarah pergi shopping di Manjaku Baby Mall Bangi.

Manjaku baby mall bangi

Ummi dengan kakak Maisarah di depan Manjaku Baby Mall

Ummi upah kakak temankan Ummi dengan biskut NINI sebekas. Cukuplah.

Kami berdua jer hari ini. Tak lah shopping sakan, tapi sekadar perlu untuk adik. Adik Zakkir nak masuk setahun, tapi tshirt yang ada semua mengecil dengan cepat. Sampaikan butang baju terbuka kalau pakai.

Total belanja hari ini untuk adik Rm130.00. Ummi belikan adik Tshirt biasa jer , jenama Fiffy. Adik dah pandai makan dan minum jadi tak perlu baju basahan mahal-mahal. Sekali air tumpah, kena kuah dah kotor jadinya. Tapi memang dari dulu Ummi belikan dari Along, Angah dan Si Kakak jenama Fiffy jer. Ada sekali dua je belikan jenama Anakku atau lain-lain jenama.

Kenapa Perlu Bonding Time?

Ummi kalau hari biasa dah tinggalkan mereka semua kat pengasuh seawal jam 630pagi. Balik pula jam 7ptg baru ambil. Kat rumah, biasanya adik dengan Angah yang monopoli Ummi. Si Kakak Maisarah banyak berdikari dan kurang peluang untuk bermanjaan dengan Ummi.

Bila sekali Ummi tanya, “Kakak anak siapa?” Mesti jawabnya “Kakak anak abah!” 5x Tanya 5x tulah anak abah. Mana Ummi tak geram..hahah

Tapi menariknya, bila si kakak kurang dimanjakan dengan Ummi , kesannya dia lebih berdikari. Si kakak anak no.3 sama dengan Ummi. Kadang kala ada sikit sikap kakak sama macam Ummi.

Berdikari tu bagus, cuma Si Kakak baru 2 tahun 3 bulan dan masih perlukan Ummi dan abah untuk bantu kakak.

Ummi nak anak Ummi walaupun perempuan mesti boleh buat belaka. Hahaha, mestilah jadi super macam Ummi kan… Teruk ke install anak perempuan macam ni? Bagi Ummi tak salah, sebab zaman sekarang perempuan mesti setanding lelaki dalam apa juga keadaan. Hehhe

Okaylah..kami dah nak balik dari shopping ini. Bye

_____________

Hasil shopping tadi, adik punya okay, muat jer. Si Angah, merajuk tak belikan dia baju. Kali ini alasan Angah nak try jer…

Nota : Cara merawat penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge