Birthday Anak , Ummi doakan Angah jadi anak hebat

Birthday ANAK kesayangan Ummi ringkas.

Angah di beri nama Muhammad Afeef Muhaimin. 3/2/2013 Angah lahir di KMC Kedah. Ummi masa nak lahirkan Angah berperang dengan isu Angah songsang di saat terakhir. Ada Ummi masukkan gambar sahaja sebagai tatapan kenangan. Selama besarkan Angah, angah membesar banyak dengan bibik . Sebab tahun 2013-2014 Ummi bercuti tanpa gaji dan fokus pada business. Birthday anak yang Ummi sayang ini, pada tahun 2017 Ummi dengan abah sambut dengan sederhana sahaja.

Angah mesti banyak usaha, supaya pandai  macam along…

Angah seorang yang  baik.  along  sayang angah. Angah  seorang  yang  pandai,  angah  kena  pandai  macam  along.  Along  banyak berusaha, along  nak angah berusaha macam Along”

Ini ayat along tulis masa Ummi stop pergi solat. Besar pengharapan seorang abang kepada adiknya. Ummi doakan anak-anak Ummi diberikan kesihatan yang baik untuk terus berusaha dan boleh contribute untuk pandaikan bangsa.

Angah banyak ragam tapi..

Angah banyak ragam, suka menangis tapi senyuman angah boleh buat kan semua orang cair. Angah ini pelik sikit, bila kita puji dia lebih dan banyakkan sentuhan dia akan okay. So, nak tackle Angah mudah, kena banyak sentuhan dan pujian. Tak susah jika tahu teknik. Angah juga orang yang mudah belajar, dia miliki V.A.K yang lengkap. Dengar lagu dan tengok movie angah dah boleh follow semula gerak langkah.

Atas kelebihan yang angah ada, Ummi banyak ambil kesempatan untuk ajar angah menghafal. Tapi kita nak ajar dia kita sekali kena menari, bergerak dengan Angah. Sebab dengan cara tu, Angah lebih cepat memahami.

Hadiah sempena birthday Angah

Abah dengan Ummi hadiahkan Puzzle Mat Boboiboy untuk angah. Dan alhamdulillah dapat belanja angah makan KFC sempena birthday angah ke empat tahun. Doa kami semua agar anak jadi anak yang soleh dan juga menjadi seperti mana impian angah untuk jadi Ustaz Billonaire. Amin

Ummi dengan abah sangat menaruh harapan besar kepada anak-anak Ummi. Semoga satu hari nanti , Angah dan juga adik beradik lain sentiasa dilindungi oleh Allah swt dan diberikan rezeki yang berlipat ganda secukupnya dengan cara yang halal dan mampu untuk memberikan manfaat kepada orang lain juga.

Berkaitan :

Birthday Angah ke 3 -part 1

Birthday angah ke 3

birthday anak

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge