Anak lelaki dan tips mendidik? Jom jadi ibu yang baik kepada anak lelaki kita!

Ummi ada 3 anak lelaki. Ada kala nya sangat menguji kesabaran Ummi. Tapi apakah cara terbaik nak jadikan anak- anak yang sejati? Jom baca tips didik anak lelaki.

1. Ajar anak lelaki jadi penyabar tetapi tegas

Ada pendapat berkata, anak lelaki mudah marah dan tersinggung. Ada juga yang kata anak lelaki kasar. Tapi mudahnya adalah dalam membentuk anak lelaki, mak ayah yang memainkan peranan. Siapa mereka adalah bagaimana ibu mendidik mereka. Jadi nak didik anak lelaki menjadi kasar atau tegas dan penyabar adalah pilihan  kita sebagai ibu. Jom tunjukkan bukti dan contoh  yang baik kepada anak lelaki.

2. Didik mereka jadi lelaki sejati

Walaupun Ummi ada  3 anak lelaki. Ummi mendidik mereka menjadi orang yang penyayang dan lemah lembut. Ada kalanya bila Ummi naik tempo, dan tak dapat kawal perasaan Ummi akui memang Ummi marah dalam tegas. Setiap kali Ummi silap, Ummi akan peluk dan terangkan sebab kenapa Ummi bersikap demikian. Ummi nak anak-anak Ummi jadi anak yang berani berkata no!

3. Menjadi pemberi semangat

Adakalanya anak akan berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan atau mengecewakan mereka seperti kalah dalam permainan bola dengan kawan-kawannya dan sebagainya. Biasanya mereka bukan jenis kaki mengadu seperti anak perempuan. Ia hanya ditunjukkan daripada raut wajah yang muram dan kecewa sahaja. Inilah sikap Along. Ummi perlukan masa untuk mencungkil apa di hati Along.

Sebagai ibu kita kena prihatin bila berhadapan dengan situasi anak lelaki yang kecewa. Menjadi tugas Ummi untuk bantu along kembali ceria dan bersemangat. Ummi tahu, melalui dorongan dan sokongan Ummi, Along pasti boleh lakukan dan bangun daripada kegagalan.

4. Fokus dan yakin untuk jadi orang yang berjaya

Anak yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu biasanya akan mendapat keputusan akademik yang lebih baik. Bukankah ibu adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sebagai insan yang selalu menenangkan? Ummi akan pastikan setiap kali sebelum tidur, anak-anak Ummi buat peta di minda melihat kejayaan mereka sebelum mereka tertidur. Penting untuk mereka melihat 6 bulan akan datang apa yang di capai. Contohnya , Along akan visualize untuk naik ke pentas sebagai pelajar cemerlang tahun 1, 2017. Dan dengan itu, Along mestilah berusaha sebaiknya.

5. Jadilah lelaki yang menghargai wanita

Along banyak belajar walaupun usianya 7 tahun. Ummi sangat respect Along bab ini. Sebab itu , Ummi selalu berkata kepada 3 beradik ini, supaya mereka hargai Cik Sarah dan Ummi. Ummi bukan minta pujian dan balasan, tapi dengan cara ini pasti mereka akan menghargai isteri mereka kelak. Amin.

Ibu adalah sahabat sejati kepada anak. Hanya ibulah yang sentiasa bersama anak semasa susah, sedih dan gembira. Jadilah ibu yang hebat di mata anak. Ibu sangat berkuasa dalam mempengaruhi dan membentuk jati diri seorang anak lelaki!

 

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge