Saya dan keluarga

Anak-anak Ummi bukan kembar 3 tapi anak-anak Ummi hampir sebaya

anak-anak Ummi

Anak-anak Ummi bukan kembar. Tapi mereka sebaya. Along la ni dah 7 tahun. Angah 4 tahun, Cik Sarah 3 tahun dan adik Zakir dah nak masuk 1 tahun.

Mereka ini tahun beza-beza, tapi kalau dah lebih kurang jer Umur memang buat Ummi rasa letih juga kadang.

Mujur rezeki kami tahun ini, abah dapat kerja shift. Masa off day banyak kat rumah ,dan dapat la buat kerja rumah. Ummi pula 12 jam kat luar. Balik dah penat kalau nak mengemas. Jadi malam masa untuk melayan anak-anak jer.

Beli hadiah untuk seorang, mesti beli untuk semua. Tiada yang terkecuali jika hadiah ini atas sikap mereka yang bagus.

Anak-anak Ummi dan cara kami..

Anak-anak Ummi bukanlah malaikat yang tak pernah salah. Mereka kerapnjuga dimarahi. Yer la, kadang depa melawak ,tapi akhirnya niat nak cuit mencuit jadi riuh serumah.

Bayangkan Ummi pula balik dengan penat dan nak bagi makan dan sebagainya…tu yang kadang naik hantu…hahaha, uols percaya ke kalau Ummi cakap, ada masa Ummi naik hantu, jeritan ku kedengaran sampai lorong hujung rumah..hahahaa

Maafkan kami jiran😂 Tapi, Ummi tak lah biarkan suasana sedih dan marah tu menguasai rumah. Lepas dah bebel dan bising pada anak-anak, Ummu panggil semua rocall dan mulalah sessi air mata.

Masa ni, duduk peluk dan cakap satu persatu sebab apa Ummi larang dan tegah satu satu perkara. Kadang bukan tak faham, tapi bak kata orang saja nak menguji Ummi.

Hadiah pula, bukan selalu dapat. Depa dah tau ayat Ummi “Lambat atau cepat akan dapat juga”. Jam ini dah janji lama, tapi semalam baru beli kat  Pasar Sari Pekan Beranang.  

Walaupun bukan harga butik, tapi Ummi tahu dengan pemberian ini mereka sangat sayang hadiah yang mereka dapat. Ummi nak anak-anak Ummi jadi anak soleh. Marah atau tegur itu bukan benci, tapi kerana kasih dan sayang.

Harapan Ummi bila anak-anak Ummi besar nanti mereka lebih faham apa juga tindakan dan keputusan Ummi keatas mereka. Sayang anak-anak Ummi.😍😘

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *