Along berjaya gondol perak dan gangsa, tahniah Along!

Hari ini (25/2/2017 ) seharian di sekolah Along, dari pagi sampai jam 230petang. Lama jugak tu, tapi Alhamdulillah sampai nak balik adik Zakkir tak buat perangai. Semua behave jer. Abah pula sibuk dengan tugas sebagai AJK PIBG sekolah, bantu pihak sekolah untuk urusan anak-anak bersukan.

Team Ajk PIBG

Kami semua kena jadi team Biru. Dari awal along bagi tahu  kami semua satu family kena sokong dengan pakai baju rumah biru. Jadi Ummi la kena set semua orang baju biru , termasuk adik Zakkir.

Semua orang bangun awal, dan mandi dan siap jer terus kesekolah. Dalam jadual mula jam 730pagi, tapi bila sampai mula jam 9pagi juga. Biasalah anak-anak ini macam-macam ragam, cikgu nak set up padang dan rumah sukan pun ambik masa. Mujur mak ayah lain yang hadir pun faham.

Along berjaya mendapat tempat kedua acara Individu 50meter.

Along masuk pertandingan 50 meter lari individu. Alhamdulillah menang nombor dua. Abah yang jaga kat penamat cakap “Kalau Along lonjakkan sikit badan mesti dapat menang nombor satu”. Along senyum tersimpul malu  bila abah cakap macam tu. Its okay first time masuk pertandingan berlari.

Bagi acara kedua berkumpulan , Along dan kawan-kawan berjaya mendapat tempat ke 3

Bagi acara berkumpulan bawa uncang kacang sambil berlari, Along peserta ketiga. Syukur kumpulan Along berjaya juga menjadi pemenang tempat ke tiga. Tahniah Along dan kawan-kawan.

Angah pula masuk pertandingan Kerusi Musik dan juga pungut gula-gula. Sebabkan masa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari baru-baru ini kat De Rhu Beach Resort Kuantan dah main permainan ini, jadi Angah lebih confident untuk masuk acara.

Yang best pungut gula-gula, Angah dah pandai pasang strategi, cuma tak ikut je. Hahahaha dapat banyak juga la gula-gula dalam 20 biji juga. Hadiah tak der, melainkan gula-gula jer.

Kerusi muzik atau kerusi beracun Angah dapat nombor tiga. Kalau Angah cepat mesti dapat nombor dua. Tapi bangga dengan Angah yang berjaya mengatasi ketakutan dan menang juga walaupun nombor tiga. Disini mengajar Angah untuk berusaha dan mengatasi ketakutan serta mengatasi kurang keyakinan. Angah hebat sebab berjaya masuk permainan ini tanpa Ummi temankan. Ummi sibuk dengan tengok adik dan rakam video Along, Angah dengan abah.

Tahniah Along , Angah dan Abah. Mereka bertiga penyeri hidup Ummi sebab bawa balik hadiah , hahahaha. Thank you Cik Sarah dan Adik Zakkir sangat behave. Sayang uolss ketat-ketat.

Artikel menarik: Kenapa Aku Pilih Tyzara Shampoo Untuk Merawat Rambut Gugur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge