Isu Masyarakat

Mestilah kita pegang 4 prinsip ini bagi wanita berkerja

Wanita dan kerjaya bukan asing sejak zaman nabi lagi. Siti Khadijah seorang usahawan terulung. Niat jika diizinkan oleh ALLAH swt, teringn nak capai tahap usahawan berjaya. Tapi selagi rezeki yang di tangan sekarang masih membolehkan Ummi untuk membantu keluarga, maka hendaklah di nikmati seadanya. Wanita bekerja kini ada cabaran, sama-sama kita hadapi dengan tenang dan sabar.

Wanita bekerja dan cabaran:

Jika tidak sanggup di marahi dan juga tidak suka menegur maka susah nak berjaya. Oleh sebab itu,  jangan pelik jika wanita yang bekerjaya ini ada satu peel atau satu tabiat iaitu cekap, pantas dan nak semua sempurna.Setiap keputusan yang dibuat , mesti ada sebab. Bukannya “mereka” ini tegas tak bertempat, tapi ada kala personaliti di pejabat itu dah sebati dengan diri. Pelbagai cabaran wanita perlu hadapi, maka ini yang membentuk jiwa orang seperti kami.

Adik-adik yang masih belum melangkah ke alam kerjaya kena set in mind , bila dah masuk alam kerja kena banyak berkorban. Salah satunya jiwa mesti kental. Jika bos marah , bukan kerana bos tak sayang tapi bos sedang mengajar kita untuk jadi lebih hebat dan tabah.

Jika jadi seorang usahawan sekalipun, banyak juga karenah pelanggan yang kita perlu hadapi setiap hari. Jadi, selagi kita bernama manusia dan berurusan dengan manusia maka kena hadapi setiap perilaku mereka.

 

Pesanan Ummi , terhadap kita wanita yang bekerja. Mestilah kita pegang 4 prinsip ini :

Aurat –

Bekerja bukan mermakna kita dibenarkan berfesyen sesuka hati. Tapi bekerja adalah kerana itu sumber rezeki. Rezeki bukan perlu di kejar , tapi rezeki datang bila di jemput. Bila kita jaga aurat, secara tidak langsung ALLAH swt pelihara adab kita dan maruah kita. Di dalam hadith nabi Salallahualaihiwassalam: “Tidaklah ada fitnah yang lebih berat bagi kaum lelaki selepas peninggalanku daripada fitnah wanita.” (Muttafaq Alaih) .

Pergaulan –

Zaman sekarang , kita berkerja pastinya dengan kaun lawan sejenis. Tambahan lagi dalam bidang seperti Ummi. Namun , biar hadith ini menjadi pegangan kita  :

Hadist Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim)

Dengan siapa juga kita bekerja, bos lelaki atau rakan sekerja lelaki, jaga batas pergaulan. Ini juga maruah kita sebagai wanita. Biar kita dianggap sombong , tapi Allah swt sayang. Bukan melawak kosong , bahasa tidak terjaga. Malu orang menilai kita wanita jika kerana pergaulan kita gagal!

Sikap –

Tegas itu penting, bukannya watak manja jadi dambaan.  Wanita memainkan banyak peranan sebagai isteri, anak, ibu, kakak dan lain-lain. Sikap yang baik mestilah kita jadikan ia sebati dengan diri. Jauhi golongan kiri yang suka mengumpat, memfitnah dan juga rakan sekerja yang suka menghabiskan masa. Sikap kita cerminan diri kita yang sebenar. InsyALLAH jika kita wanita yang solehah yang menjaga adab dan sikap yang baik pasti ada cahaya yang Allah swt akan hadiahkan. Beranikan diri mengatakan Tidak jika ada yang tidak bersikap profesional ketika bertemu dengan kita.

Personaliti –

Wanita dimana juga adalah bekerja. Personaliti menarik bukan sahaja untuk bekerja, tapi ingat sedalam-dalamnya bahawa suami paling berhak melihat kecantikkan kita. Biarlah kita cantik dan kemas di mata suami dan di tempat kerja dengan niat kerana Allah swt. Biar gemuk atau kurus tapi masih dalam syariat Allah swt.

Sama-sama kita jaga adab bekerja. InsyaALLAH berkat kerjaya kita dan gaji yang sedikit terasa banyak. InsyaAllah.

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *