Isu,  Umminani

Wajib Baca Pengurusan Rumah Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

Rumah tangga kita dalah syurga dunia kita. Banyak perkatra yang kita perlu uruskan dan yang penting ada maufakat dalam membentuk keluarga. Urus tadbir keluarga bukan pada bahu suami atau isteri, tapi kedua-dua nya. Bagi kami suami isteri yang bekerja, kami ada pembahagian tugas untuk di laksanakan setiap hari. Pengurusan rumah bagi ibu bekerja tanpa pembantu, Ummi akan cerita bagaimana Ummi dengan suami uruskan.

“Ibu Bekerja Tanpa Pembantu” bagaimana nak urus anak?

Milik anak comel seramai 4 orang, usia mereka sebaya amat memerlukan kesabaran. Bayangkan bila nak tidur…semua nak tidur dalam pelukkan Ummi. Terutama yang nombor 2,3, dan 4. Bagaimana nak urus keluarga dengan anak-anak yang ramai ?

Tugas Berasingan Suami dan Isteri

Suami –

Menghantar dan ambil anak sekolah

Hantar anak ke kelas malam

Cuci/sidai dan lipat baju

Isteri –

Memasak

Kemas dapur

Cuci ikan/ dan bahan masakan

Jaga anak , mandikan  dan pastikan dalam keadaan selamat

Bersama –

Mengemas rumah

Melayan anak-anak

Mengajar Al-Quran dan Menghafaz

Ini  Ummi kongsikan bagaimana kami bahagi tugas. Realitinya , masing-masing kena berkorban, bila ada salah seorang yang sibuk dengan tugasan lain, maka seorang lagi perlu bantu.

Selain itu, kami dah pernah pakai pembantu. Memang menyeronokkan, tapi realitinya kita jadi tak effisen dalam pengurusan masa. Banyak berehat dan anak banyak beri pada bibik jaga. Owhh!!! I menyesal okay! Sebab tu anak ke dua , manjanya berlebih daripada yang lain.

Komunikasi Berkesan :

Ummi tekankan dalam membentuk sebuah keluarga yang paling penting adalah komunikasi berkesan. Betul dak? Kalau tak berkesan, itu yang buat perang dunia. Tugas semua atas bahu si suami atau isteri. Kitakan manusia, letih juga tu! Ketua keluarga kena main peranan untuk bimbing anggotanya bersatu. Macam Ummi,  tanpa pembantu rumah kami lebih berdikari. Anak-anak di ajar untuk melakukan kerja rumah. Jadi Ibu Bekerja Tanpa Pembantu pun boleh bahagia . Bila keluarga kecil bersatu hati, saling membantu.

Artikel Berkaitan  : Rahsia Anak Berjaya

Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

Bagus ke bagus? Permulaan anak-anak yang hebat bermula daripada ibu bapa yang hebat. Nak anak lelaki jadi ketua yang hebat mestilah bimbing dari awal. Dan anak perlukan penceritaan , kenapa kena buat, apa sebab kena bantu Ummi dengan abah,… dan kita kena cerita semula pada mereka..

“Along, angah , kakak dan adik kena rajin bantu Ummi. Nanti dah jadi dewasa dah nak kahwin mesti la kena tolong isteri Along dengan Angah kan… kesian dia buat kerja sorang-sorang… tengok tu, rajinkan abah tolong Ummi ”  Ayat pujuk yang Ummi selalu guna kat Along dengan Angah.

Kerja berat jadi ringan , walaupun bekerja dan tanpa pembantu! So, kita enjoy dengan our own journey untuk besarkan anak-anak. Ummi boleh besarkan 4 orang anak kecil , mesti ramai lagi ibu bapa hebat boleh lakukan dengan berjaya.. betul kan ?

728x90

Jemput follow instagram Ummi : Ummi_Nani

 

 

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *