Isu,  Kerjaya

Penat bila mengejar , tapi tak dapat!

huh! Mai petang baru dapat tarik nafas lega. Sibuk oiii dengan kerja seharian hari ini. Pagi tadi  nak cerita, bangun macam biasa, timing macam dah cantik. Aim 730pagi mesti sampai office. Jadi bangun awal 5.00pagi macam biasa. Along semua dah siap on time. Tunggu subuh jam 6.08pagi…lambat pula subuh pagi ini!.

6.20am hantar anak-anak p rumah pengasuh. Pusing sana sini, patah balik ambil Along , gerak pergi sekolah Along jam 6.30am. Cepat ke cepat buat kerja. Sampai sekolah habis cepat 650pagi.  Settle hantar Along , rempit la dengan Vts 200 ini ke tempat kerja. Kalau kira logik memamng tak sempat nak sampai. Dengan uniform kat pejabat lagii!

Memang laju tak payah nak habaq la.. masa nipula ramai yang pemandu kereta guna lorong kecemasan! Kalau kat Connaught ini, laluan kecemasan untuk motorsikal sahaja!. Tapi ramai tak pedulikan kami penunggang motorsikal ini. Tak boleh nak kejar masa! Jadi stress!

Sampai dekat gate 2, dekat Masjid Negara ingatkan boleh la short cut!!! Argghh sekali lagi , kena touch kad keselamatan dan keluar semula, lalu kat Jalan Tangsi , masuk ikut pintu utama! Masa nak u-turn , orang dah menyanyi lagu Negaraku.

Naik atas , sampai betul-betul kat office jam 8.00am! On time kat office tapi lewat untuk ke perhimpunan! Ini lah cabaran bekerja, bila kena uruskan semua seorang diri. Dah 2 minggu rutin yang sama, tapi hari ini paling ergghh! Siap pakai uniform , pakai motor LC pergi jugaklah kat lokasi perhimpunan. Tapi, duduk kat pancaragam. Apa tidaknya, nak masuk detachment bukan sesuai. Lagilah akan menarik perhatian orang yang i sampai lambat.

Tapi syukur, sempat tulis kehadiran. Kalau tidak tak pasal-pasal kena surat teguran. Kerja ini kena ada disiplin , tapi dalam keadaan nak perang macam ini, tercungap juga. Perang masa!

Kita ni, kadang kena pikir mana keutamaan. Kerja memang la No.1, tapi bagi Ummi selagi tak perang dunia ada perkara ada budi bicara. Jadi, walaupun lambat Allah swt masih bagi peluang untuk tuliskan kehadiran dan terlepas daripada tindakan tatatertib!

Polis Trafik PDRM
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2017. Bagi yang balik bercuti , berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan selamat.

Kalau uols la , nak hantar anak sekolah atau biarkan anak ponteng kelas dan terus pergi kerja? Atau ambil tindakan macam Ummi? Utamakan anak dulu, lepas tu kerja? Okaylah, lepas la satu hal pagi tadi. Doakan setiap hari Ummi travel dari rumah ke KL , ambil masa 1 jam perjalanan dan sepanjang itu kami sentiasa dalam lindungan Allah swt dari segala bahaya dan kecelakaan.

Okay OP Selamat dah bermula, berhati-hati ya.  Jadilah Pemandu yang berhemah.

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *