Manfaat bermain dengan anak kecil yang Ummi Abah patut tahu

Manfaat bermain dengan anak kecil terlalu banyak.

Bermain boleh beri anak-anak kecergasan dan akal yang sihat. Percaya ? Selain itu, jika kita bagi kebebasan pada anak bermain dan bermain bersama , hasilnya anak jadi lebih akrab dengan ibu ayah. Antara lain, salah satu manfaat bermain dengan anak adalah boleh asah otak anak jadi cerdik dan pintar.

Artikel Menark  : Rahsia Anak Cerdik Dan Pintar

Bila waktu sesuai untuk bermain?

Ramai ibu ayah yang bekerja masih mencari-cari masa nak bermain dengan anak. Walhal, bukan perlu masa yang lama. Antara waktu sesuai bermain dengan anak adalah :

Hujung Minggu:

Waktu hujung minggu ibu ayah wajib untuk cari masa bermain dengan anak-anak pada waktu pagi mahupun petang. Masa waktu pagi, anak-anak masih fresh dan minda mereka boleh menyerap aura positif daripada ibu bapa. Sambil bermain selitkan dengan kata-kata nasihat dan juga sentuhan. Selain aktiviti di taman dan dirumah , ibu ayah boleh luangkan masa bercuti atau  bermain di Bangi Wonderland  Theme Park.

Setiap Malam :

Diakui bila ibu ayah bekerja dan ibu bekerja tanpa pembantu rumah nak bantu uruskan rumah, pasti rasa stress. Jangan begitu, sebab dalam rumah juga boleh bermain. Main masak-masak atau berlakon pergi kedai, atau boleh juga berlakon jadi polis . Anak-anak lain jantina lain ragam, boleh cari kesesuian untuk bermain dengan mereka walaupun 10-15minit.

Anak kecil suka bereksperimen. Jadi bagi Ummi, anak boleh bebas bermain. Biar mereka bermain di tanah mahupun apa juga permukaan yang selamat. Bila anak-anak dibiarkan serasi dengan alam , jiwa mereka pasti mudah dibentuk. Ummi yakin dan percaya, anak-anak yang di biarkan bebas macam layang-layang , lebih cerdik dan mudah untuk meneroka dunia baru. Bila anak-anak dah bermain dengan alam, seperti tanah dan selut, ibu ayah boleh mandikan mereka dengan Cetaphil untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan kuman.

Manfaat bermain dengan anak

Jadi , siapa anak kita masa depan adalah apa yang kita didik hari ini. Selain bermain boleh jadikan anak cerdik, ibu ayah juga boleh latih anak-anak untuk merasa sleamat bersama keluarga. Ikatan kekeluargaan yang utuh mestilah diserap dalam jiwa anak-anak untuk berkasih syaang antara satu sama lain sejak mereka kecil.

Ummi harap, satu hari nanti bukan sahaja anak-anak Ummi berjaya jadi insan yang soleh dan solehah tpai anak-anak kawan-kawan Ummi juga. Jemput follow fb:  Umminani dan instagram Ummi ( www.instagram.com/ummi_nani)  ya. Jumpa lagi .

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge