Isu Masyarakat,  Kisah Cuti/Travel,  Review Produk Dan "Event"

Pulau Langkawi Bakal Meriah Dengan Pameran LIMA Langkawi 2017

lima langkawi 2017Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa LIMA Langkawi 2017  (LIMA) akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac tahun ini dan dijangka menarik sebanyak 550 syarikat pempamer dari 38 negara.

Sekurang-kurang­nya sebanyak 80 pesawat serta 68 kapal perang dari seluruh dunia dijangka menyertai LIMA 2017. – Sumber utusan

Walaupun kampung Ummi kat Perlis, tapi 30 tahun hidup belum pernah pergi ke LIMA Langkawi. Masa belajar yer la, memang tak ada income, dan sekarang bila dah kerja, kekangan masa menjadi faktor utama.

Tarikh LIMA Langkawi 2017

Tahun ini LIMA Langkawi 2017 jatuh pada 21- 25 March 2017 sempena cuti sekolah. Tapi masa cuti sekolah dah ada majlis kenduri sepupu di Melaka. Kalau ikutkan nak sangat ke Langkawi. Ada juga tengok facebook : Percutian Bajet Langkawi , masih ada kekosongan apartment.

Risau juga nak booking awal, sebab kerja bukan menentu. Huh! Bilalah agaknya dapat kesana. Lagi nak booking hotel boleh juga ke website Traveloka.com. Harga yang ditawarkan juga not bad.

Apa menarik di Langkawi, selain LIMA 2017 ?

Pantai Cenang

Lokasi berehat di waktu malam , pilihan Ummi adalah pantai Cenang. Waktu malam sangat meriah dengan pasar dan juga jualan. Ummi suka jalan-jalan di Pantai Cenang. Dan kalau nak berdua-duaan, boleh duduk di tepi pantai sambil minum kopi. Hehehe ala-ala romantika gitu.

Makam Mahsuri.

Makam mahsuri satu lokasi yang menarik untuk dilawati. Ada pelbagai bentuk rumah lama yang menraik perhatian dan menarik. Jika kena pada waktu masa tiba kat Makam Mahsuri , kita semua berpeluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kuih tradisional dan boleh juga belajar mengambil air dari perigi. menarik kan?

Tasik Dayang Bunting

Pemandangan di Tasik Dayang Bunting bukan sahaja menarik tapi di percayai boleh membantu untuk menyuburkan wanita yang susah untuk mengandung. Teringat masa sampai disini,bukan sahaja airnya sejuk. Tapi, rezeki Ummi bila Allah swt nak beri  selepas Ummi balik dari berendam dalam tasik ini Ummi mengandungkan adik Zakkir.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, pelancong perlu menaiki bot. Bila sampai di jeti, pelancong kena mendaki bukit untuk sampai ke kawasan tasik. Yang menarik, sepanjang mendaki kita akan berhadapan dengan monyet-monyet yang kegembiraannya melampau. Jadi hati-hati dengan bahan yang di bawa.

Okay, jadi boleh merancang dari sekarang untuk bercuti seempena cuti sekolah tahun 2017. Jadikan Langkawi salah satu destinasi percutian kita sekeluarga. Jom ke LIMA LANGKAWI 2017 .

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *