Cerita Minggu Ke-Dua Persekolahan
Bila dah jadi mak ayah yang anak bersekolah ini macam-macam dugaan. Bukan sahaja dari segi masa yang bertambah pack, tapi banyak perkara perlu difikirkan. Selepas seminggu bersekolah, alhamdulillah Along dapat catch up dengan pelajaran. Tapi ini lain pula cerita pada minggu kedua. Hari ini Along balik dengan mata bengkak di mata kiri. Soal siasat Ummi kali pertama, katanya binatang gigit. Tapi , tok tak percaya. Bila dah disoal siasat, katanya kawan tumbuk.
Lepas tu, katanya diugut dan ditumbuk gara-gara tak bagi RM1 pada kawan sekelas. Adeh! Ni buat Ummi dengan abah naik darah juga. Terus call cikgu. Cikgu kelas cakap tak ada apa Puan.
Cedera dan ugutan jenayah!
Bincang dengan abah , buat repot polis Sek 323 KK. Kalau uols ada anak kena tumbuk apa yang uols akan buat? Cukup ke sekadar nak jumpa cikgu dan selesaikan begitu? Atau uols macam Ummi dengan abah juga, buat repot cover . Jika, jadi kali kedua terjadi lagi dan pelajar yang sama melakukan kesalahan maka kita parents dah ada bukti. Atau uols ada idea lain selain repot polis?
Kesannya , jika berterusan pasti anak akan trauma untuk kesekolah. Bagaimana nak lahirkan ustaz yang berjaya jika anak-anak hari ini dah ada sikap yang begini? Sekolah tempat bergasuh? Peras ugut? Ummi terkilan sangat bila jadi kat Along.
Abah lagi la terkilan, masa hantar pagi anak gembira ke sekolah. Waktu ambik dah bengkak sebelah mata. Tanggungjawab siapa sebenarnya nak didik anak ? Kita, sebagai ibu dan ayah atau cikgu? Bagi Ummi, jika baru masuk minggu kedua persekolahan , ini bukan salah cikgu. Tapi didikan asas dengan ibu ayah!
Ini baru kena tumbuk kami dah terasa terkilan. Apa pula perasaan mak ayah yang anaknya di buli lebih daripada ini? Mesti lebih lagi rasa marah. Ummi baru faham kenapa sampai satu tahap ada mak ayah yang sanggup saman menyaan bila berlaku kes begini. Harap kita semua dapat didik anak sebaiknya. Bukan mudah nak bagi anak berjiwa merdeka, tapi kita semua boleh dengan niat nak anak menjadi insan berguna satu masa akan datang.
Artikel Berkaitan :
Yuran Darjah 1 2017 berbaloi atau tidak banding dengan tadika?
alamak.. apa ni? hmmm.. mmg kecewalah kalau jadi gini. haih
YB SHEHAN recently posted…CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK | ETHISSA OXO TOT
Hrm..makin menjadi2 dah budak2 sekarang nie
anazarin recently posted…Tanda-tanda Hati Menjadi Hitam dan Mati
Kesiannya kat along. Si Fauzi pernah kena gak dulu, kena tumbuk & tendang. Kami pi jumpa guru hal ehwal murid ka guru disiplin, buat laporan rasmi kat sekolah supaya sek siasat & ambil tindakan. Alhamdulillah lepas tu dah tak berulang.
Harap dia tak trauma nak pi sekolah. Jangan laa berulang lagi
Mama Kembar 3 recently posted…Mama Ni Pelik Ke?
take action!
shiqeen sattar recently posted…Hari Ni Aku Gagal Berjalan Kaki Sebanyak 10,000 Langkah
Hurmmm kesiannyaaa alonggggg . Along kena kuat jgk utk pertahankan diri .
mesti rasa gerun gak ni macam ada gangster la pulak
adinsa recently posted…Hooded Romper 100% Cotton
fuh sampai lebam gitu… budak2 lagi dah dahsyat men tumbok anak orang .
same to najihah kakcik..tapi bukan pukul lah..kene ejek dan kene buli di sekolah kebangsaan..pelajar yg sama turut belajar KAFA di tempat yg sama dgn najihah..dah bgtau Ustazah KAFA dan ustazah akan pantau budak tu..geram sungguh rasa..
kesianya along..budak sekarang kecik2 dah pandai buli
nadia johari recently posted…SERVIS CUCI TANGKI DAN PINDAH ALIH BARANG