Isu Masyarakat,  Kisah Cuti/Travel

Cuti 2017 nak kemana dan bila tarikh gaji 2017 ?

2017 ramai dah plan nak bawa anak-anak berjalan bagi cuti sekolah. Tapi yang menarik  cuti 2017, tanpa perlu tunggu cuti panjang,  boleh plan untuk ” Malaysia Holiday 2017 ” , jalan-jalan di dalam Malaysia dengan waktu yang singkat dan kos yang jimat. 2017 banyak perayaan yang mana cuti bersambung dengan hujung minggu.  Rujuk Jadual di bawah .

Cuti 2017
Jadual untuk merancang Cuti 2017

Cuti 2017 –  Tahun Melawat Pahang

Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, 4 hari cuti 2017 pada  hujung minggu dah cukup untuk bercuti ke Negeri Pahang. Antara lokasi menarik adalah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Ladang Teh Cameron Highland , dan beberapa lokasi menarik lagi di Kuantan seperti Teluk Cempedak dan lain-lain. Kalau nak singgah ke Cherating pun sempat.

Namun begitu, nak bercuti mesti lah kena planning kena dengan tarikh gaji . Ini jadual bayaran gaji 2017 bagi sektor awam  dan mereka yang kerja bawah JPA.  Ummi sendiri kerja dengan kerajaan jadi jadual gaji ini penting untuk Ummi rujuk. Tambahan pula ada bulan yang menerima gaji pada pertengahan bulan, maka kena pandai berjimat sehingga gaji akan datang.

Tips uruskan gaji 2017:

6 Tabungan  – Bila dapat gaji setiap bulan , kita seharusnya dah tahu kemana duit nak dibelanjakan ke 6 jenis tabung .

Tabung FFA – Financial Freedom Account (10%) -pelaburan seperti fixed deposit, hartanah atau saham. Ummi kat sini terlebih. 🙂 Siapa yang terlebih boleh adjust semula gaji.

Tabung Charity  – (5%) – Sedekah secara konsisten setiap bulan, setiap hari lagi baik.

Tabung Necessity – (55%) Nak bayar bil elektrik atau bil telefon , unifi dsbnya, inilah tabungnya.

Tabung Education – (10%) Ini bukan untuk anak, tapi untuk kita upgrade ilmu untuk belajar dan tambah pengetahuan dalam apa juga bidang.

Tabung Fun – (10%) Nak melancong tahun 2017 boleh guna duit dari tabung Fun.

Tabung LTSS – Long Term Saving Spending. (10%)

Jika ada semua tabung ini, insyaAllah kita tak akan hadapi masalah kewangan biarpun hujung  atau tengah bulan dah dapat gaji. Ini Ummi belajar masa hadir kelas IMKK Azizan Osman. Sangat berguna untuk di amalkan. Jika ada duit fun lebih pada hujung bulan , boleh masukkan ke tabung LTSS, boleh beli Emas tau simpan ke SSPN i Plus.

Buat duit online –  Untuk tambah pendapatan tahun 2017  boleh juga lakukan kerja part time atau buat duit secara online di facebook, instagram mahupun google. Banyak cara na buat duit online , yang penting ada kemahuan dan rajin. Jika nak belajar menulis blog boleh juga hadir ke Kelas Belajar Buat Blog.

Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat. Share ya jika rasa bagus untuk kita kongsikan ilmu dengan ramai lagi orang. Terima kasih .

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *