Yee Sang Di Seri Pacific Sempena Chinese New Year 2017

Menu Buffet Chinese New Year di Hotel Seri Pacific, KL Best

Bagi tahun yang penuh kegemilangan dan diharapkan semua kita mendapat kesihatan yang baik, Zende Restoran membawakan menu khas sempena Chinese New Year  2017. Menu Buffet Chinese New Year 2017  yang disajikan adalah mengikut citarasa rakyat Malaysia dan masih mengekalkan identiti sempena Tahun Baru Cina 2017.

Yang paling menarik adalah Yee Sang.  Yee sang terdiri daripada potongan daging ikan mentah yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran. Terdapat pelbagai  sos dan perasa. Yee Sang oleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Ummi rasa Yee Sang ini memang sedap. Manis sos yang dicampurkan amat menarik perhatian lidah untuk merasa. Masa kami mengaul Yee Sang, Ummi dapat rasai keseronokkan makan bersama keluarga terutama mereka yang menyambut tahun baru. Kemesraan dirasai sehingga ke jiwa.. ewahh!

Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain.
ikan goreng best
Fried Boneless Red Garoupa With Spicy Bean Sauces

Menu ikan Garoupa ini Ummi paling suka. Isi ikan di goreng dengan rasa masih  “juicy”. Ranggup di luar dan lembut di dalam. Sedap dan mudah dinikmati tanpa rasa risau akan tulang. Sos ikan ini, pedas-pedas manis memang sedap.

Cheesy Tiger Prawn

Kai Lan With Balck Mushroom Sea Cucumber
Buffet Chinese New Year 2017
Mango Fried Rice With Anchovies
Baked Yam With Chicken On BBQ Sauces.
[otw_shortcode_info_box border_style=”bordered” rounded_corners=”rounded-3″ background_color_class=”otw-pink” border_color=”#eb0081″]Yee Sang Promotion : Hari : Monday – Sunday Tarikh : 16 Jan – 13 Feb 2017 Masa : 11 pagi – 11 malam Harga : dari RM50.00 /nett per portion [/otw_shortcode_info_box]

Countdown Buffet Chinese New Year 2017   :

Dinner untuk meraikan malam Chinese New Year bermula pada 23-27 Jan 2017  dari jam 6.30 petang -10.30 malam. Harga Buffet yang ditawarkan adalah:

RM130.00 nett/per person

RM230.00 nett for 2 persons

RM450.00 nett for 4 persons

RM660.00 nett for 6 persons

Lagi ramai yang meraikan , lagi murah belanja yang ditawarkan. Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2017 kepada semua kaum Cina yang meraikannya. Dan pesanan khas daripada Ummi, selamat balik kampung berhati-hati di jalan raya.

Artikel Menarik : TIP MEMANDU DENGAN SELAMAT

 

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge