Bosan tu yang aku sedang rasa

Pernah tak korang rasa bosan? yer lumrah kan kadang rasa fed up, bosan..stress! Tapi sebab apa? Bukan kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi sometime kita nak “rasa” tu sampai dalam hati.. betul tak?

Apalah aku merepek ini!! Pernah tak korang gagal dalam hidup?? Aku nak kata bijak tak, tapi dari darjah 1 sampai sekolah menengah memang akan pastikan duduk kelas nombor 1. Sehinggalah kat universiti, aku pasti nak pointer yang bagus.

Sampai satu tahap, bila aku kena stop apa yang aku impikan, aku redha. Tapi…bila datang satu masa aku stress!! Kenapa aku kena lalui saat ini!

Yer, tahu Allah dah bagi rezeki lain selain apa yang kau nak. Kau nak belajar tak dapat, tapi Allah bagi kau anak. Kau nak jadi diri kau, tapi ada halangan.

Siapa kau? Kenapa banyak sakiti hati sendiri? Tak nak lepaskan ? Serius, sehingga mana jika asyik nak jaga hati orang, kau sendiri yang akan merasa sesuatu. Sampai bila?

Siapa setuju, kadang zaman berubah, banyak kita kena hadapi..ada manis, ada pahit. Uols tak jelous ke tengok kawan-kawan sekelas dah dapat title Dr, Prof.. tapi kalau uols macam aku, masih lagi biasa-biasa, tak rasa bosan ke? Jawab jer sendiri!

Bahagia tu pilihan, yer aku tahu. Sebab tu kadang kala, aku mencari bahagia tu. Aku sibukkan diri dengan rasa bahagia yang aku cipta sendiri. Physcho ke? Yer la, selagi tak dapat apa yang diri sendiri perlukan, atau kemahuan yang masih tak tercapai, nak capai 100% rasa seronok, bahagia bukan mudah. Walaupun terpaksa berperang dengan diri setiap hari.

Nak jadi orang bahagia ni mudah ker? Rahu tak, nak perang dengan monster paling besar bukan jauh, tapi diri sendiri. Uols kadang pernah ke rasa bersendirian? Yer, kalau aku memang pernah. Tambahan disaat perlukan pertolongan orang, tapi tiada siapa disisi.No body!! Hahahaha, baik tak perlu ada sesiapa kat dunia, melainkan diri sendiri, dalam dunia terasing. ergh, tetiba rasa rindu kat arwah ayah. Al fatihah.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge