Belanja sekolah sehari berapa RM patut beri pada anak?

Tahun 2017, Ummi excited anak dah masuk darjah 1. Walaupun tanpa pengajian tadika  Along berjaya buktikan yang dia mampu bersaing dengan mereka yang pergi tadika sejak 4 tahun. Cuma bila anak dah masuk sekolah, Ummi masih lagi pikirkan menu pagi untuk anak bawa bekal dan makan sebelum ke sekolah, dab berapa belanja sekolah Ummi patut bekalkan. Untuk makan di waktu tengahari tidak jadi masalah, kerana sekolah dah sediakan dengan peruntukkan sebanyak RM50.00 sebulan/setiap murid. Pagi tadi, hari pertama sekolah Abah sediakan Along kentang goreng dan Ummi pula bakar 2 keping roti untuk di jamah pada waktu rehat antara 10.10 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Tapi sebelum pergi sekolah pagi tadi, Along dah sarapan nasi. Cuma Ummi kena ubah masa ambil JUZQ30 pula. Lepas ini Ummi rasa nak ubah ambil JUZQ30 pada waktu pagi masa perut kosong , supaya lebih bertenaga ada absorb semua benda positif di waktu pagi. Berbalik cerita Along , Along macamana sekali pun mesti jumpa nasi sehari. Risaukan Along kelaparan sementara menunggu waktu makan tengahari, Ummi bagi makan nasi awal pagi. Plan nak cari pressure cooker. Tengah survey lagi, ada yang murah ada yang mahal. Husband cakap cari Philips, sebab jenama ini memang dah lama di pasaran. Ummi pula terpikat dengan ramai orang yang berkongsi tentang kehebatan pressure cooker  Noxxa. Ehm, nak kena ada 1 ini. Tapi apa yang bagus? Berapa belanja sekolah anak yang sewajarnya bagi 1 hari? Ummi plan nak bekalkan anak dengan sarapan , jadi tak perlu Along buang masa untuk beli makanan dan juga beatur. Tambahan pula, masa singgah pada 29 Dec  harga makanan sama sahaja RM0.50 dengan kat luar, tapi kualiti kurang sedap. Air kotak milo RM2.00. Abah cakap tak berbaloi untuk beli, kalau nak baik beli di Mydin dan bawa bekal. Tapi, bila bincang dengan aAlong, katanya “Takpe mi, Along bawa air Cuckoo jer”. Mungkin sebab Along pun jarang dibiasakan dengan air kotak. Lepas Ummi dengan abah discuss kami hanya bekalkan RM2.00 untuk belanja sekolah Along dengan beberapa pesanan : Tak dibenarkan beli pensil, atau sebarang alat tulis di kedai sekolah Along makan makanan dan air yang dibekalkan sampai habis, dah habis baru boleh beli air tambahan. Itu pun kalau perlu. Along, tak perlu beli sebarang jajan yang dijual di kawasan sekolah (Sebab kat rumah hanya jajan terpilih yang dibenarkan, ini penting untuk pembelajaran). Duit Along simpan elok-elok. Sekolah bukan tempat sedekah, semua kawan-kawan Along dah dibekalkan duit oleh mak ayah masing-masing. Jika Along berjaya simpan, tabung SSPN- i Plus Along akan bertambah banyak. 🙂 Parents lain yang anaknya masuk sekolah macamana pula? Antara sahabat blogger Ummi yang anaknya Darjah 1 tahun ini anak kepada Shehanzstudio.com. Apapun semoga anak-anak kita jadi anak yang soleh dan solehah. Amin Related