• Isu Masyarakat,  SSPNi-PLUS

    Mitos Di Sebalik Kerja Part-Time

    Setiap hari kos perbelanjaan meningkat. Saban tahun yuran sekolah anak meningkat. Lebih dirasai apabila yuran tadika anak mencecah ribuan ringgit berbanding beberapa tahun kebelakangan hanya puluhan ringgit sahaja bagi tempoh sebulan. Malah, lebih menyedihkan yuran tadika lagi mahal daripada yuran persekolahan biasa. Oleh  sebab itu, bagi menampung kos yang tinggi, ramai ibu ayah yang menjalankan kerja part-time dirumah mahupun kerja part time waktu malam. Kerja part-time tidak lah seburuk yang di war-warkan sehingga ramai yang tidak sanggup melakukannya. Mitos Kerja Part-Time Kerja part-time adalah “sumpahan” untuk mereka yang malas. Segelintir masyarakat memandang rendah kepada mereka yang bekerja secara part-time. Ada yang menganggap bahawa kerja part time adalah sumpahan kepada golongan…