Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Viral Uniform PERKEP !!!!! Kelakar adoii!!

Pagi ini Ydh Datin wassap dalam group. Mak Cik ini pakai baju  sama kainnya dengan PERKEP dan siap buat jubah. Kata Datin baju ini makcik ini beli di Thailand.. Fuh gila viral corak bajuini sehingga ke Thailand. Terima kasih mak cik sokong PERKEP PDRM.

Kain Pasang Officel PERKEP akhirnya jadi kain jubah.

PERKEP

SEJARAH PENUBUHAN PERKEP

Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.
Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.
Sebenarnya inilah baju yang gorgeous dan official bagi kami semua ahli PERKEP.

Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B. Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.

Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu ianya didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

Sumber : TAHUKAH ANDA !!! PERKEP PDRM – SEJARAH DAN INFO | Galeri PDRM

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *