Review Produk Dan "Event"

Siapa nak hadiah Play-Doh?

Hi semua, ada yang dah baca tentang anak-anak Ummi bermain Play-Doh kan? Play-Doh ini banyak kebaikkan dan yang menyeronokkan lagi adalah apabila ibu ayah dapat menemani mereka bermain bersama-sama. Masa berkualiti itu yang terbaik dan dapat merapatkan silaturrahim serta kasih sayang ibu ayah dan anak-anak. Siapa nak hadiah Play-Doh?

Play-Doh mainan yang bagus untuk anak mencipta kreativiti.
Play-Doh mainan yang bagus untuk anak mencipta kreativiti.

Kenapa Play-Doh ini antara tools yang bagus untuk bagi anak-anak main? Bagi Ummi banyak faktor Ummi pilih Play-Doh. Ummi lihat dan rasa dengan deria Ummi, Play-Doh ini wangi dan selamat untuk anak-anak. Lagi satu bahan Play-Doh ini tak melekat, jadi bila anak-anak main uli-uli kat lantai pun tak berapa kotor dan melekat. Ummi suka  bab ini, sebab ianya melibatkan kebersihan juga.

Nak tahu seronok ke tak anak-anak main Play-Doh boleh tgk di wall @Ben Ashaari dan Shehan Studio (Klik Sini). Play-Doh ada macam-macam set kesukaan anak-anak dan mak ayah. Ada untuk anak lelaki dan perempuan. Dan kebanyakkannya adalah unisex, boleh pilih mana satu yang kita suka.

Play-Doh adalah mainan yang selamat di main oleh anak-anak kita.
Play-Doh adalah mainan yang selamat di main oleh anak-anak kita.

Ummi nak berkongsi kegembiraan dengan lebih ramai orang. Ada ke sahabat Ummi yang teringin nak dapatkan set permainan Play-Doh untuk anak-anak? Okay Ummi nak share kontest ini kepada pembaca blog Ummi.

play-doh-bagus

Syaratnya  :

Share artikel ini ke Facebook masing-masing dan wajib letakkan #umminaniplaydoh dan #playdoh60my di poat fb tersebut. Fb mestilah public untuk mudah kami lihat.

Kedua, mestilah komen di blog Ummi kenapa saya nak Play-Doh Ice Cream  Castle.  Tinggalkan email dikomen. Senang untuk di hubungi.

Mudahkan? Untuk pemilihan pemenang adalah secara random.

Hadiah ini perlu di tuntut di :

Pejabat GO Communications, S 111 & S 112, 2nd Floor Centrepoint, 3 Lebuh bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.

Jadi nak tunggu apa lagi, ini masanya kongsikan keriangan bersama keluarga. Cepat-cepat komen dan tekan SHARE yer. Semoga berjaya dan selamat berusaha. 😄

9 Comments

  • Mazni Azmi

    Playdoh memang halakkan anak anak bermain dan belajar
    Warna warni. Latih otak kanan bahagian emosi dan seni

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

  • PCL

    Anak sendiri dah besaq semuanya tapi wife pcl ada jaga 4 org anak anak jiran yg bekerja, mcm baby sitter la lbh kurangnya. Kesian depa nak main permainan yg sesuai. Kalau dapat playdoh ni seronok la budak2 tu..

    #umminaniplaydoh #playdoh60my

  • rozita

    saya perlu dapatkan Play-Doh Castle ni untuk anak perempuan saya yang sangat berminat bermain tanah liat dan saya perlu menang kali ni kerana dah cuba banyak kali di blog lain tapi belum pernah terpilih lagi sebagai pemenang.. haha

  • CN

    CN nak bagi Playdoh ni untuk anak bujang tersayang si Irfan Hensem tu, dia ni kalau nampak Playdoh je memang excited, nak belikan macam tercekik je tengok harganya !! Hehe..semoga murah rezeki Irfan

  • YB Shehan

    Saya nak menang playdoh ni sebab hannah dan ariq suka sangat main. Dorang sangat menjaga permainan dorang especially playdoh. Memang suka sangat sebab dari situ, dorang dapat kembangkan minda dengan mencipta imaginasi masa bermain. Dan setiap kali bermain.. mereka akan ajak mommy daddy. Dan kami akan berinteraksi sepanjang bermain dan ini amat membantu ariq yang speech delay. Tq umminani. Moga ini rezeki anak2 Saya.. amin..

  • Allene Noraslin

    permainan playdoh ni, bagus untuk ransangan otak anak2 … budak lelaki pun sesuai main ni.. Macam2 bentuk robot boleh buat. =) Moga permainan playdoh dapat membantu anak2 lin menjadi lebih kreatif…

    #umminaniplaydoh #playdoh60my

  • yanieyusuf

    alah comel jew diorang main.. bagus gak sebanrnya play doh ini kerana ia juga salah satu menjana sel-sel otak kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran kehidupan.

  • Siti nora farhana

    Saya nak playdoh ni untuk membantu perkembangan n kecergasan minda anak2 saya disamping dpt mengeratkan lg hubungan kedua2 anak saya dan juga hubungan mereka dgn ahli keluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *