Hari Jumaat lalu, lepas kerja kami sekeluarga bertolak ke Melaka. Naim , adik sepupu dah booking homestay di Taman Pokok Mangga. Perjalanan dari Semenyih ambil masa lebih kurang 1 jam setengah sahaja. Kami bermalam di Homestay yang best ini. Tenang di sini , kawasan yang kurang serabut. Lepas rehat, kami menungg ketibaan keluarga dari Perlis, mereka semua 1 van sampai lebih kurang jam 1130 malam. Lama juga tu perjalanan, mencecah 12jam.
Ini gambar kami sekeluarga di Dataran Pahlawan. Meriah berjalan beramai-ramai. Seronok juga kalau boleh buat family day ramai-ramai macam ni, boleh merapatkan silaturrahim. Yang best sedara dari kampung la, depa jarang dapat peluang berjalan-jalan.
Keesokkan pagi nya , kami berjalan-jalan ke Bandaraya Melaka. Bawa anak-anak berjalan dan keluarga dari Perlis depa pergi naik cruise. Anak-anak Ummi beli pedang sorang satu dan Cik Sarah beli pistol kayu. Bukan main seronok lagi depa. Masa nak bergambar dengan Si Hijau ini, dikenakan bayaran RM2.00
Ummi , Mr Suami dan anak-anak serta mak tak ikut sebab kami dah biasa naik Cruise. Jadi kami lepak-lepak jer di Dataran Pahlawan Megamall.
Masa sessi bertunang , adat disini adat temenggung. Tiada pantun bagai, sebab dah deal nak buat secara sederhana sahaja.
Lepas selesai majlis bertunang, kami terus gerak balik ke Semenyih. Rombongan dari Perlis singgah rumah Ummi untuk solat. Malu juga la, rumah kurang berkemas sebab kain baju tak berlipat masa tinggalkan rumah.
Lepas solat, kami bawa rombongan makan di Capati Razak dekat Pekan Semenyih. Seronok rasa dapat makan sama-sama. Bukan senang nak berkumpul begini.
Lepas makan, destinasi seterusnya ke Putrajaya Persint 15 rumah abang Cik. Seronok berkumpul, makan mee dan kek yang pelbagai jenis. Meriah dan macam sambut hari raya.
Tak lama kami di rumah abang Cik , terus bergerak ke Kak Mah Tomyam yang terkenal dengan bubur nasi berlauk di hadapan UniKL. Total makan malam disini untuk semua ahli rombongan cecah RM700.00 , mujur YB Asmaiza yang belanja, rezeki kami semua. Kebetulan kakak sepupu ini baru habis persidangan di PWTC. Terima kasih kak Cik Ja.
Selesai makan-makan Ummi hantar mereka ke Apartment yang dah di tempah sekitar kawasan Ampang Park. Lepas salam-salam, kami bersurai, dah letih sangat tak mampu nak bersembang lagi. Jadi akhir sekali tahniah untuk Naim dan Mira, selamat bertunang. Nanti masa majlis kita berkumpul lagi , mesti lagi meriah, sebab nak booking homstay nak duduk di Melaka lebih lama lagi. 🙂
Bestnya..
Sambil join rombongan bertunang, sambil bercuti-cuti Malaysia ke Melaka…
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
wah jauh tu dari perlis ke melaka…..rindu nak ke perlis lah pulak…
Faizal Fredley recently posted…Hotel Review | Hard Rock Hotel Penang FAM Trip With Media & Blogger
Dah ke Perlis masuk Thailand terus la… barulah travel blogger .. thumbs up. semoga jadi blogger hebat macam ff