Kisah Cuti/Travel,  Saya dan keluarga

Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah Ke Pusat Konsevasi Gajah Kuala Gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

Perjalanan kami dari Semenyih mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Jalan raya  hari Sabtu lepas agak sesak semasa di Tol Gombak , mungkin sebab ramai orang mengambil peluang untuk bercuti sempena cuti 4 hari pada minggu ini. Kami sampai di susur keluar Lanchang lebih kurang jam 1130pgi dan kami singgah makan di gerai Nasi Warisan Kelantan yang berada tak jauh dari susur keluar Lanchang.

Ummi makan nasi kerabu dan Mr Suami makan nasi gulai. Sedap makanan di sini, banyak berunsurkan serai. Puas hati makan walaupun hanya di gerai. Kos sepinggan nasi hanya RM3.50 sahaja. Boleh singgah makan disini jika nak ke Kuala Gandah.

Waktu Operasi dan waktu lawatan bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang. Isnin sehingga Ahad

Pusat Konservasi Gajah

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, semua pelawat di kehendaki mendaftar bilangan pelawat

Pusat Konservasi Gajah ini dibuka setiap hari. Pelbagai aktiviti di anjurkan setiap hari mengikut jadual yang disediakan. Sebelum masuk,disediakan tayangan video dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar. Semua pelawat di syorkan menonton sebelum melawat ke kawasan pameran. Ummi dengan keluarga masuk menonton  dan ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit tayangan. Sesuai untuk semua golongan untuk menambah ilmu dan kecintaan kepada gajah.

Tibanya di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, semua pelawat di kehendaki mendaftar bilangan pelawat.  Bayaran tidak di kenakan untuk masuk. Nak masuk hanya mengikut sumbangan seikhlas hati.Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan sokongan amat dihargai.

Ini video sepanjang kami memberi makan kepada anak gajah pada waktu tengahari lalu. Tebu dijual dengan harga seikat RM3.00 dan pisang pula dengan harga RM5.00 seikat. Pengunjung boleh beli untuk beri makan kepada anak gajah ini. Yang lawaknya ada anak gajah yang memilih, tak nak tebu tapi nak pisang sahaja. Pandaiiii..geram rasa. !

Ini adalah lokasi untuk pertunjukkan Gajah.
Boleh beri anak gajah makan dengan makanan yang kita beli samaada tebu atau pisang.


Pusat Konservasi Gajah

Gajah disini ada nama Tahan, Lepa, Siti. Semua mereka di jumpai dan diselamatkan dari hutan. Dan yang tinggal disini adalah antara gajah yang ada isu kesihatan dan tidak lagi boleh berada di hutan. Mereka di jaga disini untuk keselamatan dan menghiburkan penonton.

Sekarang ini musim cuti sekolah, tu sebab ramai pengunjung. Jika nak bawa anak-anak melihat nature atau alam, boleh kesini. Sehari sahaj di sini cukup menggembirakan anak-anak. Kami  nak datang lagi nanti, sebab semua orang suka dengan gelagat gajah. Paling best menonton gajah mandi. Cumanya disini, aktiviti menunggang gajah telah di berhentikan demi keselamatan pengunjung.

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *