Pemenang Giveaway Play-Doh Oleh Umminani.com

Ummi sangat teruja nak berkongsi dengan ramai lagi anak-anak yang ingin bermain dengan Play-Doh. Terima kasih semua yang join giveaway Play-Doh minggu lepas di blog Ummi. Ummi dapat beberapa komen yang best kenapa ibu ayah ini inginkan Play-Doh untuk  anak mereka. Pelbagai harapan ibu ayah diluahkan kat komen di blog Ummi. Kebanyakkannya buatkan Ummi rasa nak bagi lebih hadiah, tapi apakan daya hanya  satu sahaja yang di peruntukkan. Serius  teruja sangat nak pilih.

Play-Doh adalah mainan yang selamat di main oleh anak-anak kita.

Seperti yang Ummi ceritakan sebelum ini, banyak kebaikkan bermain dengan Play-Doh. Antaranya boleh rapatkan hubungan  adik dan abang, malah ianya sebagai alat untuk ibu ayah bermesra dengan anak-anak juga dalam menggunakan masa dengan lebih berkualiti. Bermain permainan ini juga dapat meningkatkan daya keativiti anak-anak. Paling menarik dengan mainan Play-Doh anak-anak boleh tinggalkan dan lupakan gajet. Baguskan?

Bagi mereka yang tidak terpilih untuk menerima hadiah ini, Ummi tetap cadangkan untuk mendapatkan Play-Doh ini di kedai-kedai yang menjualnya untuk anak-anak. Ini pasti satu hadiah terhebat untuk anak-anak dan sempena cuti sekolah ini. Bolehlah anak-anak bermain dengan abang dan kakak mereka di rumah. Ibu ayah juga boleh menyertai mereka untuk bermain. Ummi yakin dan percaya permainan ini akan jadi permainan yang best untuk mereka sempena cuti sekolah tahun ini.

Okay tanpa melenggahkan masa, Ummi umumkan pemenang giveaway Play-Doh adalah…jeng..jeng..jenggggg… tepuk tangan kepada Allene Noraslin kerana berjaya mendapatkan Play-Doh untuk anak-anak tersayang. Semoga mereka bertambah gembira dengan hadiah ini. Ummi doakan anak -anak Allene jadi anak yang kreatif dan cergas minda mereka dengan bermain permainan seperti ini. Terima kasih kerana menyertai giveaway ini sebagai tanda sokongan.

giveaway Play-Doh

Hadiah ini perlu di tuntut di :

Pejabat GO Communications, S 111 & S 112, 2nd Floor Centrepoint, 3 Lebuh bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.

Ummi harap Allene cepat-cepat pergi ambil hadiah ini untuk anak-anak. Rezeki mereka bermain mainan hebat ini. Jika gagal untuk ambil, Ummi akan pilih oleh lain ya. Cepat-cepat dapatkan di pejabat GO Communications yer. Tahniah Allene.

5 thoughts on “Pemenang Giveaway Play-Doh Oleh Umminani.com”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge