Mereka jadi inspirasi Ummi

Siapa Inspirasi Anda Dalam Berimpian Nak Jadi Seseorang ? 

Kejayaan mereka adalah inspirasi Ummi. Kalau ikutkan latar belakang mereka, bukan semua daripada keluarga yang bermula dengan kesenangan. Tapi spriti mereka sangat tinggi dalam usaha untuk berjaya dan membantu masyarakat. Datuk Wira Dr Maznah Hamid, seorang tokoh usahawan yang berjaya, amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang. Bila dengar bagaimana caranya beliau bangun untuk menempuhi kejayaan, nampak sangat sukar. Tapi, kerana berjaya atasi kesukaran itulah kini beliau menjadi antara orang yang sangat di hormati. Menjadi iron lady bukan mudah, tapi kejayaan itulah yang menaikkan semangat Ummi sendiri untuk terus berusaha walaupun pada awalnya amat payah nak kecapi.

1779859_657974570917251_1401170064_n
Gambar ketika malam cinta Rasul di Kedah 2014

388987_514515105263199_931527049_n

Ustazah Zawiah Hassan Nasihat Ibu Ayah Untuk Didik Anak Asas Agama

Ummi amat suka cara penyampaian ustazah dalam memberikan kata nasihat kepada ibu ayah. Ummi suka belajar dengan Ustazah cara ustazah sampakikan ilmu sangat berhemah. Kata nasihat ustazah Ummi pegang sampai hari ini .

“Anak-anak kena lentur dari awal. biar ibu ayah rasa susah masa mereka kecil, tapi ajari merek adengan ilmu agama, asas dalam kehidupan mereka.”

1549428_636122123102496_1640032994_n

Prof Dr Muhaya Seorang Yang Lemah Lembut Dan Penuh Dengan Ransangan Positif.

Ummi tahu bukan Ummi sahaja yang terinspirasi dengan Prof Muhaya, tapi ramai lagi di luar sana yang terinspirasi dengan wanita hebat ini. Selain mempunyai kerjaya yang sangat mulia, beliau juga seorang ibu dan isteri yang solehah. Ummi banyak membaca buku Prof dan nasihat beliau amatlah Ummi kagumi dan ambil ian sebagai satu pedoman. Yang paling terkesan adalah tips Prof  iaitu, Dunia Dalaman Menentukan Dunia Luaran kita. Apa yang kita fikir bakal menghasilkan tindakan kita. Jadi , tu sebab perlu kita berfikir baik-baik dan ras yang baik-baik sepuya hasil kehidupan adalah baik. Jom sama-sama kita follow FB Prof Muhaya.

1558588_645284008852974_84432096_n

Ini pula, Along dengan Habib Omar. Ummi suka bagi Along mendekati orang-orang hebat supaya aura mereka melekat pada jiwa Along sehingga dewasa kelak dan Along serta adik-adik menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa. Doakan anak-anak Ummi menjadi insan yang soleh dan solehah ya. Ummi juga doakan sahabat Ummi yang membaca, mendapat anak-anak yang soleh dan solehah juga. Komen  la sikit siapa wanita inspirasi anda.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge